Rabu, 31 Disember 2008

Awas!!! satu lagi perangkap buat PAS


Tindakan sebuah NGO iaitu PEWARIS menyerahkan memorandum bantahan pertubuhan tersebut kepada pemimpin PAS berkaitan penternakan dan ladang babi di negara ini merupakan satu kemenangan moral kepada PAS. Ini membawa erti bahawa PEWARIS akhirnya bersetuju bahawa PAS adalah parti yang boleh diharapkan setelah pertubuhan tersebut mengaku gagal mendapat perhatian sewajarnya dari UMNO. Kita jangan terlalu cepat melihat tindakan PEWARIS ini mempunyai muslihat tertentu, apatah lagi disaat PAS akan menghadapi Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu tidak berapa minggu lagi. Meskipun kita sedar bahawa undi kaum Cina di Kuala Terengganu adalah undi penentu samada PAS mampu merampas kerusi tersebut atau tidak, tetapi jangan pula kita terlalu cepat melatah dengan tindakan `di luar jangkaan' dari PEWARIS ini.

Umumnya mengetahui bahawa PEWARIS telah mula menonjol serta mendapat publisiti meluas samada di media-media mahupun di dalam blog-blog internet selepas Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Sebelum ini, nama PEWARIS seperti juga PESAKA hampir tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Sering dapat diperhatikan, PEWARIS sejak kebelakangan ini seolah-olah bersuara menggunakan `lidah UMNO'. Agak pelik juga apabila PEWARIS banyak `mempromosikan' dasar-dasar UMNO, tetapi UMNO gagal membantu PEWARIS berkaitan isu sekecil ini sehingga terpaksa mereka menemui pemimpin PAS pula. Memang pelik, tetapi sekali lagi diingatkan agar kita tidak mudah berfikiran negatif terhadap `nawaitu' PEWARIS ini. Kadangkala terlintas juga di hati, apakah tindakan tersebut berupa satu `perangkap' agar pengundi-pengundi Cina di Kuala Terengganu mula berfikiran serong terhadap PAS sekiranya PAS membantu PEWARIS dalam tuntutan mereka. Apa pun, niat PEWARIS tidak kita ketahui, cuma perlu kita bersangka baik terhadap mereka.

Alangkah baiknya jika PAS memberitahu kepada PEWARIS yang selama ini berjuang habis-habisan mempertahankan akta zalim ISA, agar turut bersama PAS berjuang untuk menghapuskan Akta ISA ini. Perjuangan untuk menghapuskan Akta ISA adalah lebih penting demi kesejahteraan rakyat, lebih-lebih lagi undang-undang rimba tersebut bertentangan dengan hukum Islam. Mengapa perjuangan untuk menghapuskan Akta ISA ini tidak mendapat sokongan dari PEWARIS malahan pertubuhan tersebut secara terbuka menyatakan sokongannya untuk mempertahankan akta tersebut ? Oleh yang demikian, perlu difikirkan kembali wajarkah PAS membantu PEWARIS dalam isu remeh temeh seperti penternakan babi sedangkan dalam masa yang sama usaha PAS dan Pakatan Rakyat untuk berjuang dalam isu yang lebih besar seperti Akta ISA, isu pengajaran Sains dan Metamatik dalam Bahasa Inggeris dan beberapa isu lain yang melibatkan kepentingan besar rakyat tidak mendapat sokongan dari PEWARIS. Sewajarnya PEWARIS turut menyokong usaha Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor kerana sedang berusaha menyediakan plan atau rancangan penternakan babi secara moden tidak sepertimana yang terdapat di Melaka, contohnya.

Akhirnya, suka atau tidak, benar atau salah, fikiran kita lebih cenderung untuk mengatakan tindakan PEWARIS menghantar memorandum ini kepada PAS di saat-saat PAS menghadapi Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu boleh dikatakan seperti ` ada udang di sebalik batu'. PAS hampir terperangkap dengan isu Hukum Hudud baru-baru ini, tetapi barang diingat musuh PAS tidak akan boleh tidor lena selagi rakyat tidak membenci PAS dan PAS dilihat semakin intim dengan parti-parti di dalam Pakatan Rakyat..

SEDIKIT FAKTA TENTANG YAHUDI LAKNATULLAH


Disenaraikan antara sejarah kekejaman Yahudi yang tidak akan dapat dilupakan bangsa Palestin ? sebelum dan sesudah wujudnya negara Israel?

KAUM Yahudi mengaku mereka keturunan Nabi Daud. Mereka percaya kawasan sekitar Bukit Zion atau Palestin adalah bekas kerajaan Nabi Daud yang telah ditawan dari BaniAl-Yabusiyyah. YAHUDI memilih segi tiga terbalik sebagai lambang mereka, yang bermaksud materialisme, manakala segi tiga betul adalah spiritualisme. Gabungan kedua-duanya ? segi tiga betul dan terbalik ? membentuk berbucu enam yang menjadi lambang agama Yahudi hingga kini.

YAHUDI menganggap mereka bangsa pilihan dan bangsa-bangsa lain mereka panggil kafir atau goyem. Agama Yahudi hanya untuk mereka cenderung untuk bersikap ekskusif, menolak orang lain kerana berasa bangsa lain tidak setaraf dengan mereka.


PERKATAAN Zionisme diambil sempena nama Bukit Zion.Pertubuhan Zionis Sedunia diwujudkan pada tahun 1897 dengan matlamat menguasai seluruh alam khas untuk
bangsa mereka di Zion (Palestin).

KONGRES pertama Pertubuhan Zionis Sedunia berlangsung di Basle, Switzerland pada 1897. Usul Protocols of Zion mengandungi perancangan terperinci untuk menguasai Palestin dan seluruh dunia telah diterima tanpa bangkangan. Antara strateginya ialah menyebar fitnah, mencetuskan perbalahan dan permusuhan di kalangan negara-negara Eropah.

ISRAEL wujud pada 1948 dengan keluasan 20,770 kilometer persegi, terletak di antara Mesir, Semenanjong Gaza, Jordan, Lebanon dan Syria. Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada bumi Palestin yang dirampas melalui perang dengan sokongan Britain dan Amerika.

BANGSA Yahudi tidak menggalakkan perkahwinan campur. Pada mereka bangsa lain tidak layak berkongsi hidup dengan mereka. Malah mereka juga memberikan pelbagai gelaran negatif kepada Yahudi yang memilih pasangan bangsa lain. KANAK-KANAK Yahudi diajar supaya menyumpah seranah dan memaki hamun tatkala melintasi kawasan perkuburan bangsa lain terutama Islam.

KESALAHAN orang Yahudi paling besar adalah membunuh banyak nabi, antaranya Hizrial, Asy?ia, Armia, Zakaria dan Yahya. Mereka juga cuba membunuh Isa dan Muhammad tetapi gagal. ORANG Yahudi telah menyelewengkan Taurat dan Talmud. Mereka melakukan kekejaman, membunuh serta merampas harta benda orang lain kononnya mengikut ajaran kedua-dua kitab itu.


Antara yang diselewengkan: “Orang Israel patut membinasakan orang Arab Kan?an dan tidak akan memberi kehidupan pada mereka walaupun mereka memeluk agama Yahudi kerana Yahudi untuk Israel sahaja.

Manusia lain selain Yahudi adalah anjing. Kami tidak mengambil tanah milik orang-orang Arab dan tidak menguasai sesuatu pun milik orang lain akan tetapi ia adalah warisan nenek moyang kami yang telah dikuasai musuh dan zalim. Manakala dalam Talmud yang diselewengkan ialah:”Semua bangsa selain Yahudi adalah laknat. Penguasaan Yahudi atas apa yang dimiliki al-quwaiin (selain Yahudi) adalah benar dan usaha menjaganya terus
menerus dan abadi”.

DENGAN berpegang kepada kitab yang diselewengkan itu juga mereka bebas melakukan keganasan di mana saja bumi dipijak. Sebenarnya orang Yahudi telah melancarkan operasi ?sapu bersih? ke atas rakyat Palestin sejak sebelum penubuhan Israel lagi. Mereka mahu menjadikan negara itu seratus peratus Yahudi.


Antara kekejaman yang mereka lakukan ialah: 13 Disember 1947 ? Sebuah perkampungan orang Islam Palestin, Yehida berhampiran Petah Tekva (penempatan pertama Zionis yang dibina pada 1878. diserang. Sekumpulan Yahudi yang menyamar sebagai tentera peronda British telah melepaskan tembakan dan mengebom rumah penduduk perkampungan itu.

1 Januari 1948 ? kira-kira 200 pelampau Yahudi bersenjata mesingan dan bom tangan menceroboh kampung Al-Sheikh (5 km di tenggara Haifa) lalu membunuh wanita dan kanak-kanak.

9 & 10 April 1948 ? dalam Operation Unity, pengganas Haganah, Irgun dan Stern bersatu mengepung kampung Deir Yassin selama dua hari. Dalam tempoh itu 250 orang Arab dibunuh dan dengan kejam dan wanitanya dirogol. Seramai 25 orang wanita hamil dibelah perutnya dan bayi mereka disembelih, 52 kanak-kanak dikudungkan kaki dan tangan.

11 Julai 1948 ? Batalion ke-89 komando Yahudi yang diketuai Moshe Dayan menawarkan pengampunan kepada penduduk Islam Lyadd dan Ramle setelah berjaya menawan perkampungan tersebut. Seramai 100 menerima itu dan berkumpul di Masjid Dahmash seperti di janjikan. Namun malang, perlindungan yang diharapkan rupanya bala yang
tiba, mereka semua mati.

15 ? 18 September 1982: Seramai 3,000 kanak-kanak dan wanita Palestin disembelih di khemah di Sabra dan Shatila di Lebanon. Ketua tukang sembelih itu ialah Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel sekarang.

BEGITULAH ANTARA FAKTA TENTANG YAHUDI YANG PERLU KITA TAHU.. YAHUDI BANYAK MENYERANG KITA BUKAN SAJA DARI SEGI FIZIKAL TERHADAP ORANG PALESTIN TETAPI DARI SEGI MENTAL KITA UMAT ISLAM.. JUSTERU ITU AYUH KITA TEGUHKAN KALIMAH TAUHID dalam DIRI KITA AGAR KITA TIDAK MUDAH TERJERUMUS DALAM PERANGKAP YAHUDI LAKNATULLAH..

Selasa, 30 Disember 2008

BACALAH YASSIN



RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia menga ndungi keberkatan", iaitu:


1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.


2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.


3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.


4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.


5. Jika terpenjara akan dibebaskan.


6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.


7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.


8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.


9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.


10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.


11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.


12. Sabda Rasulullah s.a.w lag! i, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".


13 Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.


14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Khamis, 25 Disember 2008

Kapt (B) Ahmad Hamzah bila lagi?????

Ulautedong ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berhijrah kepada kapt (B) Dato Zahar Hasyim dan rakan rakannya kedalam pas. Inilah semangat hijrah bila mana Muhajirin dan Ansar bersatu pastinya UMNO semakin hampir untuk dikafankan. Kepada juak-juak umno yang lain, ayuh, jangan tunggu lagi.

Bagaimana pula Ketua Umno Bahagian Jasin??? Ulautedong sekadar mengingatkan Kapt (B) Ahmad Hamzah agar mengikuti langkah bekas Ketua UMNO PJ Selatan itu.Zahirkanlah semangat berani seorang tentera untuk berubah. Inilah masa terbaik.Hijrah dari kegelapan kepada cahaya, dari dacing karat kepada bulan purnama.


Selamat Datang dan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430.

Rabu, 24 Disember 2008

Mesti Dengau !!!!!!!! -Malaysiakini


Ceramah oleh
Ust Kamal Bin Ashaari
(Exco Dewan Pemuda Pas Pusat)
&
Lim Swee
(Pengerusi Kelab Penyokong Pas Melaka)

Tarikh : 29 hb Disember 2008 (isnin)

Masa : 9.00 malam

Tempat : Kg Batu Gajah Pasir, Merlimau ( Rumah Hj Ismail)


" lain dari biasa, pastinya satu patukan berbisa tetapi tidak merbahaya"


Semua dijemput hadir.
maaf : foto kurang memuaskan

Isnin, 22 Disember 2008

Radhi OAG cemarkan imej songkok



KUALA LUMPUR - Tindakan vokalis dan gitaris kumpulan rock Old Automatic Garbage (OAG), Mohd. Radhi Razali, 31, yang membuat persembahan dengan aksi membuka baju dan bersongkok pada konsert Rock The World 8 di sini malam kelmarin dianggap mencemarkan budaya tempatan.


Ini kerana penggunaan songkok yang sering dikaitkan dengan tempat serta imej yang elok seperti untuk ke masjid atau majlis rasmi di istana telah disalahgunakan pada konsert yang berlangsung di Secret Garden, Stadium Negara.


Perbuatan itu dilihat bukan sahaja merendah-rendahkan martabat penggunaan songkok malah memberi gambaran negatif masyarakat terhadap penyanyi terbabit.


Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Pencipta Lagu Tanah Air (Papita), M. Daud Wahid ketika diminta mengulas mengenai gelagat Radhi itu berkata, Papita kesal dengan perbuatan tersebut.


"Tindakan Radhi OAG itu jelas membelakangkan nilai-nilai murni budaya kita dan mencalar imej baik artis tempatan.


"Dia tidak seharusnya melakukan tindakan sebegitu biarpun ia tidak disiarkan secara langsung menerusi televisyen, namun ia tetap merupakan persembahan secara terbuka," tegas beliau.




sembur sikit : mamat ni aku tengok macam baru balik mesyuarat umno, tu pasal pakai songkok macam tu.....apa nak herankan sangat dengan songkok tu, kat indonesia lagi ramai wak kang yang bukan islam pakai songkok...buka baju tu apa hal??????

Sabtu, 20 Disember 2008

Awie seret presiden Pekida ke mahkamah


Demi kerana maruah, nama baik serta reputasi dirinya, pelakon serta vokalis Wings, Awie, tekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden Pekida, Tuan Haji Jamaluddin Yusof.

Tindakan undang-undang itu dilakukan selepas Jamaluddin dengan lantangnya telah membuat andaian, dakwaan serta tohmahan yang mengaitkan dirinya sebagai kepala gangster dengan tuduhan menjadi ketua kumpulan samseng serta salah seorang daripada 15,000 anggota pertubuhan itu yang telah songsang. Jamaluddin telah membuat kenyataan tersebut menerusi akhbar Metro Ahad edisi 14 Disember 2008 yang turut memaparkan artikel Awie mengenai pembabitannya dalam pertubuhan Pekida yang dianggotainya sejak 2001 hingga kemudian dilantik sebagai ayahanda pada 2004.

Saya benar-benar terkejut dengan dakwaan yang dibuat Tuan Haji Jamaluddin itu menerusi Metro Ahad. Ketika itu saya berada di Kota Bharu atas satu urusan. "Isteri saya yang beritahu saya supaya dapatkan akhbar. Hari itu memang Metro Ahad laris macam goreng pisang.

Tapi, saya berjaya juga mendapatkan 2 naskhah dan apabila saya baca, saya mengucap panjang."Kenapa saya lagi ditimpa dengan fitnah yang sebegini? Kalau fitnah menerusi cakap saja tidak mengapa. Tapi, bila ia dipaparkan dalam akhbar dan dibaca ratusan ribu orang, bagaimana?," katanya salam satu sidang media tergempar di Hotel Millenium, di sini, petang tadi.

Jelas Awie lagi, bagaimana dia hendak berhadapan dengan keluarga sekiranya timbul berita fitnah seperti itu? "Apa yang saya hendak cakap kepada 2 keluarga mertua saya. Hubungan bersama mertua lama tidak boleh putus kerana cucu mereka adalah anak-anak saya. Ada 5 perut dalam rumah saya yang saya hendak bagi makan. Apa yang saya hendak beri pada mereka lagi sekiranya ada pihak yang takut hendak beri saya job lagi? "Ada beberapa produser filem mahu ambil saya berlakon dalam filem-filem mereka. Apa yang saya hendak cakap pada mereka?

"Dan kalau, mereka tak mahu ambil saya berlakon kerana takut kontroversi yang tidak betul ini kerana ia mampu menjejaskan filem mereka, bagaimana saya hendak cari rezeki untuk keluarga saya? "Ada usahawan yang hendak buat bisnes dengan saya, tapi sebaik saja membaca kisah ini, mereka terpaksa suruh saya supaya berhati-hati kerana bimbang isu ini akan menjejaskan perniagaan yang bakal kami hendak mulakan nanti," katanya lagi dengan suara penuh emosi.

Tuduhan Jamaluddin Tidak Berasas Sambung Awie lagi, "Kalau benar saya ini boleh kutip RM3,600 daripada setiap ahli, buat apa saya sibuk menyanyi dan berlakon di sana sini? Lebih baik saya duduk bersenang lenang dan goyang kaki. Saya tidak perlu buat kerja apa-apa.

Kalau betul saya ini kepala gangster, buat apalah saya sibuk membuat kerja-kerja kebajikan untuk anak-anak yatim di seluruh Malaysia? "Untuk apa saya sibuk menyatupadukan masyarakat Melayu khususnya golongan muda yang bermasalah sambil berusaha untuk mengubah diri mereka ke arah kebaikan? "Kalaulah kerana saya memakai baju lambing naga itu salah, lebih baik haramkan apa saja yang berkaitan dengan naga serta beberapa binatang lain yang nampak ganas seperti ular dan singa. Tukarkankan dengan lambang lain seperti tikus, lintah atau kucing yang nampak comel," katanya. Tuduhan serta dakwaan seperti itu, kata Awie bukan saja cukup mengguris hatinya tetapi membuatkan dirinya berada di dalam golongan yang teraniaya.

"Janganlah buat fitnah sesuka hati. Kalau sekadar buat andaian dengan hanya mendengar cakap orang saja, cara itu tidak betul. Buat penyelidikan dulu. Lagipun, dia (Jamaluddin) tidak pernah kenal hati budi saya. Dia tidak tahu siapa saya. Jadi, bagaimana dia boleh buat segala tuduhan yang sama sekali tidak berasas ini. "Saya pun tidak mahu jawatan ayahanda itu. Tapi, kalau betul, dia mahu memecat saya daripada menjadi anggota Pekida. Dia harus hantar surat tunjuk sebab. Pekida adalah satu pertubuhan. Tak boleh main cakap mulut saja," katanya.

Menerusi tetuan Arman-Yunos Advocates & Solicitors yang diwakili peguam Md Yunos Shariff, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 40, akan memfailkan tindakan undang-undang sivil terhadap Jamaluddin di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan & Seksyen 505 kerana melaporkan berita yang berbentuk fitnah.
Manakala satu lagi tindakan undang-undang jenayah akan dibuat berdasarkan laporan polis yang dibuat Awie di Balai Polis, Kota Bharu, Kelantan pada 14 Disember lalu, jam 7.31 malam selepas membaca kenyataan fitnah yang dibuat Jamaluddin itu menerusi paparan Metro Ahad pada tarikh yang sama.

Jumaat, 19 Disember 2008

Gadis hilang......


Anda kenal beliau?? Orangnya pernah menggemparkan politik Malaysia apabila buat pertama kalinya parti islam semalaysia mencalonkan beliau untuk bertanding dikerusi ulu tiram, Johor. Mutaakhir ini jarang sekali mendengar apa - apa berita tentang beliau. Akhbar milik PAS samada cetak mahupun elektronik sudah tidak lagi 'melambung' nama beliau pada terbitannya.Kekadang aku kurang faham mengapa dan kenapa jadi begini????

Rabu, 17 Disember 2008

MB Perak, di Jasin, Melaka.


Majlis Jamuan Teh Bersama YAB Datuk Seri Ir. Nizar Jamaludin

(Menteri Besar Perak Darul Ridzuan)


Tarikh : 20 Disember 2008 (sabtu)

Masa : 2.00 petang

Tempat : Dataran Hamas, Kompleks PAS Jasin, Simpang Kemendor


ulautedong mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat datang dan mengalu alukan lawatan julung kalinya beliau kenegeri melaka. Mudah mudahan kehadiran beliau membawa berkat pada perjuangan Pas dinegeri ini.

Mahalnya kasut yang dilempar kepada Bush



Dilaporkan Kasut yang dilemparkan kepada Bush oleh wartawan Iraq, Muntazer mencecah harga US$ 100,000.Dalam perkembangan berkaitan beberapa siri tunjuk perasaan telah diadakan oleh rakyat Iraq yang menganggap dia sebagai wira dengan dua lemparan kasut yang hampir kena kepala Bush. Mereka menuntut pihak berkuasa Iraq melepaskan Muntazer, sambil melaungkan anti Amerika dan memuji Muntazer sebagai wira serta membakar bendera Amerika . Beberapa orang mengangkat kasut senagai lambang "penghinaan" terbaru kepada Bush.




Mengenai pembebasan Muntazer Rumah Putih berkata, terpulang kepada pemimpin Iraq untuk menghukum wartawan tv negara itu yang melempar kasut ke arah Presiden George W Bush pada lawatannya ke Baghdad, kelmarin."Presiden percaya Iraq sebagai negara berdaulat dan demokrasi mereka mempunyai undang-undang untuk diikuti," kata jurucakapnya, Dana Perino.Muntazer al-Zeidi, 29, dianggap 'hero' oleh dunia Arab selepas insiden melemparkan kasutnya ke arah Bush ketika mengadakan sidang akhbar sempena lawatan perpisahannya ke Iraq, Ahad lalu.Al-Zeidi yang melompat dengan berteriak 'anjing' kepada Bush sebelum melamparkan kasut kepada pemimpin Amerika itu.




Kerajaan Iraq dalam reaksinya menyifatkan al-Zeidi sebagai 'amat memalukan' dan meminta majikannya yang berpangkalan di Mesir agar memohon maaf.Abang Zeidi, Durgham berkata, Zeidi dibawa ke hospital Baghdad dengan tangan, mata dan kakinya patah serta luka akibat dipukul anggota pengawal keselamatan Bush.

Isnin, 15 Disember 2008

Awas....Gula-gula pilihanraya BN

Bahang pilihanraya kecil Kuala Trengganu semakin mencengkam.UMNO/BN pastinya akan mempertahankan kerusi yang dimenangi dengan tipisnya dalam pilihanraya umum dulu. Pastinya seluruh tenaga , jentera dan wang ringgit yang banyak akan dilambakan.
Langkah pertama dapat kita lihat beberapa hari yang lepas apabila wang royalti telah dikembalikan semula. Walhal sebelum ini ianya ditukar nama wang ehsan. Dalam pilihanraya dulu ramai orang terengganu dapat wang ehsan , so pilihanraya kecil kuala terengganu ramai pula dapat wang royalti kot?
Apa pun orang kuala terengganu tentunya bijak. Ini semua taktik lama dan lapuk BN. Gula gula pilihanraya.

Ahad, 14 Disember 2008

Siapa, kenapa Datuk SRK? - Malaysiakini

Dilahirkan di New Delhi, India, SRK dilahirkan dalam keluarga Muslim. Bapanya bernama Taj Mohammed Khan yang dikenali sebagai pejuang keamanan dari Peshawar, Pakistan.Ibunya, Lateef Fatima pula merupakan anak angkat kepada Mejar Jeneral Shah Nawaz Khan daripada pasukan Janjua Rajput yang berkhidmat untuk pasukan Tentera India.

Sejarah hidup SRK bermula sebaik dia mula mengenal dunia. Seorang yang begitu mementingkan pendidikan, adik kepada Shehnaz ini membina reputasi dirinya dengan mendapat pendidikan di St. Columba dan begitu sukses di dalam bidang akademik, ko kurikulum serta pementasan. Kerana kecemerlangan itu, SRK dianugerahkan sebagai penerima Sword of Honour, simbolik anugerah tertinggi bagi pelajar yang mempunyai reputasi baik.


Dia kemudian menyambung pelajaran di Hansraj College (1985-1988) dan lulus dengan Ijazah Kepujian dalam bidang Ekonomi sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Lanjutan (master) dalam bidang Komunikasi di Jamia Millia Islamia.Biar sudah mula berjinak dalam bidang komersial pada tahun 1988 menerusi drama siri Fauji, tuah masih belum menyebelahi dia. Hanya selepas kedua ibu bapanya meninggal pada awal 90-an, barulah SRK mula menebarkan auranya di Mumbai pada tahun 1991.


Seperti lancar dan kemasnya perjalanan peribadinya, kerjaya suami kepada Gauri Khan dan bapa kepada dua cahaya mata Aryan Khan serta Suhana ini juga begitu.Begitu sukses sebagai seorang pelakon, profil SRK juga diisi sebagai seorang hos berpengaruh selain merupakan seorang penerbit yang selalu menerbitkan karya-karya bermutu.Menjadi fenomena lewat filem sulungnya, Deewana pada tahun 1992, kredibiliti pelakon ini terus terserlah dengan filem-filem pecah panggung seperti Dilwale Dulhaniya Le Jayenge (1995), Kuch Kuch Hota Hai (1998), Om Shanti Om (2007) serta Kabhi Khushi Kabhie Gham (2001) atau Mohabbatein.

Habuannya, tidak sampai 10 tahun, SRK telah memenangi sebanyak 13 kali anugerah pada anugerah tertinggi industri tersebut iaitu Filmfare Awards dengan tujuh daripadanya merupakan anugerah bagi Aktor Terbaik Bollywood.Kata SRK mengenai kariernya sebagai pelakon: “Saya tidak menyangka mampu diminati sehingga hari ini. Kerana apa yang saya tahu, saya hanya ke lokasi penggambaran untuk menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon.”

Tambahnya lagi, barangkali keikhlasan niat sebagai pelakon itu telah membantu dia mencapai sukses luar biasa. Malah dia sendiri kagum apabila filem dengan bahasa yang tidak pernah sama di seluruh dunia ini menjadi medium paling berkesan untuk menebarkan virus atau mesej sesebuah karya.

“Sebab itu saya suka membikin sebuah karya dengan penghabisannya gembira. Kerana hidup ini bukankah harus gembira?,” katanya yang turut menyifatkan karya yang baik adalah apabila jalan ceritanya mudah difahami selain khalayak tidak tertekan dengan penceritaan yang disampaikan.

Menegakkan Islam

Berkahwin dengan seorang penganut Hindu dan anak-anaknya mempraktikkan dua agama iaitu Islam serta Hindu, SRK sendiri hampir disangka sebagai bukan Islam.Tetapi ringkas lelaki ini menafsirkan tentang pertembungan dua agama di bawah satu bumbung ini sebagai: “Saya amat mempercayai Islam dan Allah.“Tapi dalam masa yang sama, saya harus menghormati kepercayaan isteri saya. Malah saya ialah seorang Islam sejati dan terus bersembahyang juga bertemu ‘Dia’ dalam apa juga keadaan.”

Justeru ketaatannya kepada Islam cuba dilampiaskan menerusi sebuah filem berjudul My Name Is Khan yang diarahkan oleh sutradara muda, Karan Johar.Filem yang bakal menyaksikan dia berkolaborasi dengan aktres terkenal Kajol ini dibikin khusus untuk memperbetulkan persepsi masyarakat Barat terhadap Islam yang kini dipropagandakan sebagai sebuah agama yang kejam dan hitam.

Tegas SRK, Islam bukan sebuah agama yang penuh keganasan. “Jadi bagi saya konsep jihad dan peperangan mengikut Allah ada dijelaskan dalam al-Quran. Dan ini yang perlu dilihat dunia,” katanya serius.Konklusinya, jika inagin menyuaipadankan gelaran yang diperoleh SRK dengan helaian kehidupannya, barangkali dia layak menerimanya - namun dalam konteks berlainan. Ia daripada konteks prolifik yang dibina lelaki ini.

Malah pada Februari lalu, masyarakat Barat sendiri mengiktiraf kredibilitinya apabila patung lilin dirinya ditempatkan di Muzium Madame Tussauds di Perancis.Maka tidak hairan mengapa dia sampai dianugerahkan dengan gelaran Datuk. Ya, suka atau tidak, SRK kini memegang status Datuk Shah Rukh Khan.
Sembur sikit :
Inilah islam yang dibanggakan oleh Datuk Ali Rustam. Islammudalcha wal pesembor wa rojak.

Sabtu, 13 Disember 2008

Halal lawat Kelantan-Malaysiakini

Hari ini ketua menteri melaka telah menghalalkan semula kakitangan kerajaan melaka melawat kelantan. pengharaman sejak lapan tahun lalu itu, kononnya kerana menurut beliau parti pas telah mengkafirkan umno dan beliau tidak mahu kakitangan kerajaan negeri terpengaruh dengan kerajaan negeri kelantan.

Memang pelik, jika kita imbas kembali apa yang berlaku ketika itu ialah DAR yang terjerit jerit mengkafirkan TGHH di Sempang Kemendor. Begitu juga si Seman Muhammad (sekarang speker DUN)telah menfatwakan TGHH sebagai kafir kerana berpeluk dengan Kit Siang. Aku belum lupa, biar pun aku ni melayu.

Oklah kita pun tahu beliau sedang berusaha keras untuk menjadi timbalan presiden umno, jadi isu hampas seperti ini mudah mudahan akan menambah populariti beliau.

Jika kita perhatikan antara tiga calon timbalan presiden umno kali ini, DAR nampaknya mendahului dari segi publisiti dimedia elektronik mahu pun cetak.Cuba kita lihat satu demi satu isu yang sengaja diada adakan oleh beliau,

Buaiyan besau yang kontroversi, pengiktirafan melaka sebagai warisan dunia, anugerah Dato kepada SRK dan kini menarik balik pengharaman lawatan kekelantan. Juga jangan lupa sebelum ini... kepala babi berada dalam masjid. Kata orang isu ini sengaja diadakan oleh beliau. Nak tunjuk kononnya beliaulah pemimpin melayu terakhir yang bermati matian mempertahankan masjid dari serangan 'kepala babi'. Wah du....inilah calon TPM.

Jumaat, 12 Disember 2008

Hero bogel...


Lah....ni rupanya mamat yang buat haru nak berbogel, kalau muka macam heroin bollywood tak pak lah. Aku rasa mamat ni tak makan ubat penenang kot. Kepada TS khalid n DSAI, jangan layan lah sibedol ni, biyau le dia berbogel, lps tu kita siarkan dalam semua blog, he, he, he

Selasa, 9 Disember 2008

10 Jenis Sembahyang Yang Tidak Diterima Allah s.w.t

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT"

Khamis, 4 Disember 2008

Berkahwin pahala, kukuh iman- Malaysiakini

BENARKAH jodoh bagaikan menanti jambatan untuk ke seberang? Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanannya namun andainya jambatan itu pendek, barangkali cepat jodohnya. Ada orang cepat bertemu jodoh sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belum terlalu lewat untuk bertemu jodoh. Mereka yang berusia 35 tahun pula tidak perlu gundah jika belum bertemu jodoh kerana sepanjang usia berkenaan digunakan untuk membina kecemerlangan. Bahkan ada yang sudah mencecah 40-an, tetapi jodoh belum juga tiba.

Namun, tidak berputus asa menjadi asas terbaik buat wanita. Jika terlalu memikirkan soal jodoh sehingga mengganggu perasaan, ia bukanlah sesuatu yang baik. Bagi wanita yang berpandangan jauh, boleh saja menyatakan pada diri bahawa ia semua ketentuan takdir dalam soal rezeki, jodoh mahupun ajal. Katakan kepada diri bahawa jodoh anda mungkin belum sampai lagi. Nyatakan perasaan dan keinginan anda itu dalam doa lewat sembahyang. Allah Maha mendengar.
Selain itu, beberapa perkara perlu difikirkan untuk renungan wanita yang belum bertemu jodoh. Ingatlah wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat lelaki sejati dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman suatu hari nanti.

Persoalannya, apakah anda sudah bersedia memikul tanggungjawab bergelar isteri atau ibu? Sudahkah bersedia menjalani pelbagai rintangan hidup berumahtangga?Berikut adalah falsafah dan firasat mengenai jodoh serta hidup berpasangan buat renungan mereka yang enak dibuai perasaan.Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat itu dan ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang diingini, ia juga datang bersama masalah.Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada, tetapi deritanya datang bersama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.
Perkahwinan juga demikian. Ia baik sebab dibenarkan agama dan sunnah Nabi sebagai saluran betul untuk melepaskan syahwat di samping membina sahsiah, tetapi ia juga buruk sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik saja melangkahkan kaki ke alam berumah tangga. Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang banyak juga terpaksa dipikul? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?-

Berapa ramai yang menyesali perkahwinan masing-masing pada hal dulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih, malah ada yang sanggup berkorban apa saja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri, tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.
Jika rasa belum bersedia untuk bersabar dengan kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dulu sebab hakikatnya, ramai yang tidak bersedia untuk melangkah, tetapi sudah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.-

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan daripada ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsianya.-

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorongnya supaya jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.