Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Ahad, 2009 September 13

Jom Kite Cari ... Memburu Lailatul Qadar

Lailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar (bahasa Arab: لَيْلَةِ الْقَدْرِ ) (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadhan, yang dalam Al Qur'an digambarkan sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan. Dan juga diperingati sebagai malam diturunkannya Al Qur'an. Deskripsi tentang keistimewaan malam ini dapat dijumpai pada Surat Al Qadar, surat ke-97 dalam Al Qur'an.
Menurut Quraish Shihab, kata Qadar (قﺩﺭ) sesuai dengan penggunaannya dalam ayat-ayat Al Qur'an dapat memiliki tiga arti yakni [1]:
Penetapan dan pengaturan sehingga Lailat Al-Qadar dipahami sebagai malam penetapan Allah bagi perjalanan hidup manusia. Penggunaan Qadar sebagai ketetapan dapat dijumpai pada surat Ad Dukhan ayat 3-5 : Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Quran) pada suatu malam, dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan semua urusan yang penah hikmah, yaitu urusan yang besar di sisi Kami
Kemuliaan. Malam tersebut adalah malam mulia tiada bandingnya. Ia mulia karena terpilih sebagai malam turunnya Al-Quran. Penggunaan Qadar yang merujuk pada kemuliaan dapat dijumpai pada surat Al-An'am (6): 91 yang berbicara tentang kaum musyrik: Mereka itu tidak memuliakan Allah dengan kemuliaan yang semestinya, tatkala mereka berkata bahwa Allah tidak menurunkan sesuatu pun kepada masyarakat
Sempit. Malam tersebut adalah malam yang sempit, karena banyaknya malaikat yang turun ke bumi, seperti yang ditegaskan dalam surat Al-Qadr. Penggunaan Qadar untuk melambangkan kesempitan dapat dijumpai pada surat Ar-Ra'd ayat 26: Allah melapangkan rezeki yang dikehendaki dan mempersempit (bagi yang dikehendaki-Nya)
Terdapat pendapat yang mengatakan bahwa terjadinya malam Lailatul Qadar itu pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan, hal ini berdasarkan hadits dari Aisyah yang mengatakan : " Rasulullah ShallAllahu 'alaihi wa sallam beri'tikaf di sepuluh hari terkahir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, yang artinya: "Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Romadhon" " (HR: Bukhari 4/225 dan Muslim 1169)

Selasa, 2009 Ogos 11

PERKAHWINAN SUNNAH NABI SAW

Perkahwinan adalah salah satu ketentuan semulajadi(sunnatullah) yang umumnya berlaku kepada semua makhluk. Sebagai makhluk Allah yang paling mulia, manusia mempunyai peraturan tertentu dalm melaksanakan sunnatullah ini dalm surah Yaasin: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan sesuatu berpasang-pasangan, baik tumbuhan mahupun diri mereka sendiri dan lain-lain yang mereka tidak ketahui”. Dari surah Hujurat: “Wahai manusia, kami jadikan kamu sekalian dari lelaki dan perempuan”. Allah menerangkan dalam ayat di atas kepada mausia bahawa setiap sesuatu dijadikan berpasangan mengikut ketentuan jodoh. Kemudian Allah memberi keinginan kepada makhluk-Nya berpasangan, naluri memerlukan antara satu sama lain. Bertitik tolak dari perasaan ini, maka berlakulah perkahwinan dan berkembang biaklah makhluk-makhluk Allah di muka bumi ini. Menolak atau mengabaikan perkahwinan adalah perbuatan yang menyimpang dari sunnah Rasulullah. Pada dasarnya perkahwinan adalah sebahagian dari fitrah manusia. Selain dari itu, perkahwinan merupakan sebahagian dari hukum Allah yang berlaku di alam nyata. Oleh itu, Rasulullah melarang dari menolak atau mengabaikan perkahwinan, bahkan mencela keras dan tidak mengakui umat baginda. Sabda baginda:“Nikah itu sunnahku, maka sesiapa yag tidak mengerjakan sunnahku bukanlah ia dari golonganku”. Allah tidak mahu menjadikan manusia seperti makhluk lain yang hidup bebas mengikut nalurinya dan melakukan hubungan jenis secara rambang tanpa peraturan tertentu. Oleh itu, Allah menetapkan hukum yang sesuai dengan martabat manusia itu sendiri. Hubungan lelaki dan perempuan diatur secara terhormat berdasarkan saling redha-meredhai dan dengan ijabkabul sebagai lambang persetujuan antara kedua belah pihak. Bentuk perkahwinan ini telah memberi jalan yang aman pada naluri(seks) dan megatur keturunan mausia dengan baik. Perkahwinan juga memelihara perempuan dari dikuasai oleh lelaki dengan sewenang-wenangnya tanpa sesuatu undang-undang terkawal. Pergaulan suami isteri terkandung dalam naungan naluri keibuan dan kebapaan, sehingga nantinya akan menghasilkan zuriat yang baik dan bersih. Zuriat yang baik adalah lambang kasih sayang antara suami isteri yang sah. Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 72: “Dan Allah menjadikanmu bagi kami dari diri kamu sendiri berpasang-pasangan (isteri) dan dijadikan kami dari pasangan kamu, anak-anak dan cucu serta dikurniakan kepada kamu dari benda-benda yang baik dan halal”. Demikianlah Allah menjadikan lelaki dan perempuan dengan dibekalkan naluri dari perasaan saling memerlukan antara satu sama lain dan diwahyukan pula syariat berlandaskan kepada naluri dan “kefitrahan” semulajadi ini adalah sebagai menjamin kehidupan sosial umat manusia yang beriman kepada Allah dan RasulNya. buat sahabat-sahabat yang hadir dalam majlis kenduri tempohari, saya mewakili isteri dan keluarga mengucapkan terima kasih dan jazakumullah khairan jaza'.Doakan kebahagiaan kami sekeluarga.

Khamis, 2009 Julai 30

Apa itu Influenza H1N1?

Mungkinkah istilahnya yang asing, influenza A (H1N1), atau kes kematian yang jarang didengar dalam kalangan mereka yang positif, menyebabkan masih ramai rakyat Malaysia tidak begitu peduli dengan ancaman selesema ini?Berdasarkan laporan berita, penyakit “baru dan berjangkit” ini sudah berada di sekitar kita dan setakat 30 Jun, terdapat 158 kes H1N1 yang di negara ini.Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setakat 30 Jun, terdapat 71,076 kes H1N1 yang dilaporkan di 116 negara dengan jumlah kematian 311. Malangnya sesetengah masyarakat Malaysia masih belum bersedia untuk mengambil langkah berjaga-jaga di sebalik peringatan harian yang dikeluarkan pihak berkuasa kesihatan serta pelbagai langkah pencegahan yang dilaksanakan. “Saya tak tahu apa itu Influenza A (H1N1),” jawapan daripada seorang pendengar radio, mungkin dianggap kes terpencil, orang yang sengaja tidak mahu ambil tahu kisah di sekelilingnya.Bagaimanapun, apabila hospital meletakkan kain rentang dan poster mengingatkan pelawat jangan bawa kanak-kanak ke wad melawat pesakit, ramai yang dilihat tidak menghiraukannya. Mungkinkan sikap tidak begitu peduli ini selagi penyakit itu tidak mengenai keluarga sendiri?.Jururawat Rohaiyah Majeed berkata, “Masih ada ibu bapa yang membawa anak kecil mereka melawat saudara-mara atau kenalan yang sakit di hospital. “Sememangnya larangan membawa kanak-kanak bawah 12 tahun masuk ke dalam wad adalah peraturan tetap di hospital, apatah lagi dengan masalah selesema babi sekarang yang mudah berjangkit.“Kadang kala seolah-olah berlaku satu karnival di mana anak-anak kecil kelihatan berlari ke sana-sini membuat bising,” katanya.Lebih teruk lagi jika orang dewasa sendiri bersin dan batuk tetapi tidak menutup mulut dan hidung mereka dengan sapu tangan atau tisu, walaupun di hospital.Seorang pengamal perubatan swasta Dr K. Mathew berkata, “Ini menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu Influenza A (H1N1), apatah lagi tentang bahaya penyakit ini," kata beliau. Menurut pihak berkuasa kesihatan, H1N1 ialah penyakit respiratori (pernafasan) yang disebabkan virus jenis Influenza A yang biasanya merebak pada babi. Biasanya virus H1N1 tidak menyerang manusia tapi jangkitan manusia kepada manusia sedang hebat berlaku ketika ini, sama seperti jangkitan selesema biasa yang bermusim. Virus baru ini mula diketahui menjangkiti manusia di Amerika Syarikat pada April 2009 dan semakin banyak negara melaporkan kes selesema ini. Tanda dan gejala Influenza A H1N1 sama dengan selesema biasa dan ini termasuk demam yang tinggi dengan suhu lebih daripada 37.7 darjah Celsius, batuk, sakit tekak, sakit otot, menggigil, keletihan, cirit-birit dan muntah. Pada bulan Jun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mempertingkat amaran tahap pandemik selesema ini kepada enam, satu aras yang tertinggi. Ini ialah pandemik pertama di dunia sejak tahun 1968. Pada 11 Jun 2009, WHO mengesahkan virus H1N1 sememangnya pada tahap pandemik, di mana 30,000 kes disahkan berlaku di seluruh dunia. Istilah H1N1 yang asing ini juga berkemungkinan antara faktor orang ramai keliru dan merasakan ancamannya juga jauh daripada mereka. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengesyorkan istilah selesema babi digunakan bagi memastikan orang ramai sedar akan bahaya selesema ini dan mesej mengenainya dapat disampaikan dengan lebih tepat. Bagaimanapun Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata di Parlimen, istilah Influenza A (H1N1) patut dikekalkan sebagai merujuk kepada ancaman penyakit ini untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat. Sementara itu di Putrajaya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata 14 kes baru Influenza A (H1N1) dilaporkan di negara ini, menjadikan jumlah kes sebanyak 158. Dr Mohd Ismail berkata jumlah pesakit selesema H1N1 yang masih dirawat di hospital pada masa ini berjumlah 47 orang dan kesemua mereka menunjukkan respons yang baik kepada rawatan tanpa sebarang komplikasi. Seramai 111 kes Influenza A (H1N1) telah sembuh dan dibenarkan keluar daripada hospital, dan setakat ini tiada kematian dilaporkan, katanya. Orang ramai dinasihatkan supaya pergi segera ke hospital jika mengalami batuk, sakit tekak, selesema dan demam tinggi. Pastikan jika ke hospital, guna laluan khas untuk bertemu doktor, dan jika sudah dikuarantin, pastikan semua arahan dipatuhi untuk kesihatan diri dan kesejahteraan semua.

Selasa, 2009 Jun 23

SIAM TETAP SIAM DULU KINI DAN SELAMANYA

BERIKUTAN insiden pembunuhan kejam melibatkan 11 orang Islam ketika menunaikan solat Isyak di Masjid Al-Furqan, Kg Air Tempayan, Narathiwat 9 Jun lalu, kita wajarlah menyusun beberapa pelan tindakan berasaskan kebijaksanaan dan keberanian. Setidak-tidaknya, ada tiga gerakan yang perlu terlibat iaitu gerakan ilmiah melibatkan ahli akademik, intelektual dan pensyarah, gerakan ketenteraan yang melibatkan Ahmad Zahid Hamidi dan rundingan politik melibatkan Menteri Luar Malaysia. Percubaan awal untuk membincangkan isu ini di Parlimen menemui jalan buntu apabila Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin, di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2) sudah pun menolak usul ini untuk dibincangkan segera. Ahli Parlimen PAS Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria meminta Malaysia mengambil inisiatif memanggil sidang khas Asean dengan segera bagi membincangkan pergolakan itu. Tambah Nasir, 'Malaysia perlu mendesak OIC agar mengiktirafnya sebagai orang tengah bagi membantu menyelesaikan masalah selatan Thailand. Tetapi, jika tidak salah ingatan saya, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sudah meminta Malaysia menjadi wakilnya untuk menangani kemelut di Selatan Thai sebelum ini. Malangnya, tatkala menjawab tuntutan OIC ini, Rais Yatim berkata, bahawa kemelut itu melibatkan masalah hal-ehwal dalaman negara-negara Asean dan negara tidak boleh ikut mencampuri urusan dalaman Thai. Akhirnya, titik penamatnya berlaku di situ. Mungkin Rais boleh dihubungi semula untuk mengesahkan hal berkenaan. Libatkan juga Britain Selain ketenteraan negara, pergerakan intelektual dan rundingan kuasa politik, pihak yang perlu kita libatkan ialah kerajaan Britain sendiri. Perjanjian Inggeris - Siam 1909 (Perjanjian Bangkok 1909, Perjanjian Anglo Siam 1909) di Istana Raja Thailand, bersama Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir John Anderson adalah antara titik tolak yang menyaksikan pemecahan kerajaan Melayu Patani. Isi perjanjian pada tahun 1909 itu melibatkan perkara-perkara berikut. Antaranya: 1. Kerajaan Melayu Pattani meliputi wilayah Yala dan Narathiwat di Thailand disahkan sebagai jajahan Thailand. Padahal kerajaan Melayu Patani tidak diajak berunding dalam perjanjian itu. 2. Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu yang sebelum ini dijajah Thailand diserahkan kepada Britain. 3. Negeri Kedah dan Perlis menerima seorang penasihat British pada tahun 1909. 4. Kelantan menerima penasihat British pada tahun 1910. 5. Terengganu menerima penasihat British pada tahun 1919. Mungkin inilah asal-usul penjajahan Thai terhadap Melayu di utara Semenanjung dengan rasminya melalui pengiktirafan British; sebuah empayar terbesar pada saat itu. Uusan mengkaji segala bentuk rundingan dan perjanjian yang terkait dengan penjajahan Yala, Narathiwat ini, maka ia terpundak di atas bidang tanggungjawab intelektual. Tentera Malaysia perlu ambil peranan bersama Desas-desus andaian yang kerap merebak dalam kalangan Melayu Islam di selatan Thai adalah, kebanyakan serangan itu berlaku dengan sebab tentera Thai sendiri yang terpecah dua; Utara dan Selatan. Tapi, sejauhmanakah Ahmad Zahid Hamidi bersetuju untuk mewujudkan rondaan tentera di wilayah berkenaan masih diragui. Sebelum dilantik sebagai Menteri Pertahanan, Zahid pernah mencadangkan Pakatan Ketenteraan Negara Islam. Tetapi selepas dilantik, Zahid berdiam diri. Tidak mustahil, Zahid Hamidi akan berbelah-bahagi dan takut-takut mengguna ketenteraan guna mengawal pergolakan di selatan Thai. Rakyat Malaysia yang prihatin perlu melobi agar hal ini tetap didebatkan. Bantah nama Thai, ganti dengan Siam Menelaah sejarah tentunya melibatkan fikiran yang mengundang keletihan. Di sana, telahpun ada usaha pengkarya filem yang mengeluarkan Queen of Langkasuka (Thai), Hikayat Merong Mahawangsa (Malaysia, bakal terbit) untuk menggeledah kisah-kisah purba. Mungkin dengan jalan ini, setidak-tidaknya, perca-perca gambaran sejarah dapat dimuat dalam gambaran rakyat. Tapi, perkembangan mutakhir ini di Thailand agak menarik. Dan ia dimulai dengan gerakan intelektual, bukan melalui kuasa politik dan ketenteraan. Misalnya, baru-baru ini, ahli sejarah terkemuka, Charnvit Kasetsiri membuat bantahan ke atas Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva dan beberapa jawatankuasa politik untuk menukar nama negara itu daripada Thailand kepada nama asalnya; Siam. Siam adalah negara asal di mana ia memiliki benderanya sendiri, berwarna merah dengan gambar seekor gajah putih menghiasi bendera tersebut. Mantan rektor Thammasat University itu berkata piagam perlu diubah dari 'Perlembagaan Negeri Thailand' kepada 'Perlembagaan Negeri bagi Siam' atau 'Perlembagaan Siam". Ini perlu bagi tujuan menggalakkan 'perpaduan ', 'keharmonian' dan 'perdamaian'. Akademikus itu berkata, bahawa usaha menamakan semula Thai itu adalah langkah awal untuk merawat kemelut politik dan masyarakat di negara itu yang terdiri daripada 60 juta rakyat termasuk lebih daripada 50 kumpulan etnik. Menurut ahli sejarah itu, Thai sebagai sebuah negara, telah beransur-ansur menjadi 'ultra nasionalisme' dalam beberapa dekad lalu yang mungkin menjadi replika negara sebelum itu. Rusuhan politik di negara itu berlaku kerana rakyat bukan saja dipisah melalui sikap politik yang berbeza, tetapi yang jauh lebih penting, wujudnya peminggiran etnik. Usaha menamakan semula negara Siam itu boleh menjadi batu loncatan untuk menyusun penyelesaian yang dinantikan rakyat negara itu, kata ahli akademik tersebut. Dinamakan Siam, sejak Ayutthaya Semua orang negara ini telah digelar Siam sejak era pemerintahan Ayutthaya era. Maka, dengan sebab campurtangan British dengan Thai, kaum-kaumMelayu diperangkap dalam beberapa perjanjian mereka. Menurut Charnvit Kasetsiri, sejak Perang Dunia Kedua bermula, faham Hitler Nazisme di Jerman dan fasisme di Itali dan Jepun. Ketika inilah kerajaan tentera pimpinan Field Marshal Phibulsongkhram (Por) dipengaruhi ultra nasionalisme Nazisme dan fasisme. Akhirnya, nama bangsa Thai menenggelamkan nama Siam, nama sebuah negara. Tambahnya, perubahan nama Thai kepada Siam adalah untuk membawa keharmonian di negara itu yang terdiri daripada 50 kumpulan etnik dengan bahasa masing-masing. Antara mereka selain Thai adalah Yuan, Laos, Lue, Melayu, Mon, Khmer, Teochiu, Cantonese, Hokkien, Hainan, Hakka, Cham, Sakai, Tamil, Pathan, Parsi, Arab, Phuan, Tai Yai, Phu Tai, Yong, Hmong, Karen, Museur dan Farang, dan sebagainya. Melayu selatan Thai bukan orang Thai Dalam temubual di Bangkok Post, Charnvit Kasetsiri menjelaskan bahawa secara etniknya, orang Islam selatan Thai bukan orang Thai, sebaliknya keturunan Melayu. Tapi mereka terpaksa menamakan diri mereka sebagai orang Thai atas dasar kewilayahan. "Tiada salahnya dengan 'Siam', tetapi istilah itu tak menjelaskan siapakah raja di sini. Ia karut. Apa-apa pun, istilah 'Thai' merujuk bangsa, dan bukan negara itu," kata beliau. Agak menarik ialah ketika Charnvit Kasetsiri memberi penjelasan asal-usul nama Siam yang menjadi sebab, kenapakah nama Siam itu ternyata lebih baik berbanding Thai untuk diabadikan sebagai nama kepada sebuah negara. "Siam berasal daripada perkataan purba 'Sam', bermaksud tanah suai tani. Dalam Khmer dan Mon ada istilah 'siem', merujuk nama Siem Reap. Dalam bahasa Burma, ada istilah 'shan', kerana ada Negeri Shan, dan di Jepun, ada istilah 'shamuro'," tambahnya. Selain itu, tambah akademikus itu, permulaan abjad 's' untuk Siam, dianggap lebih baik untuk nama negara itu berbanding permulaan abjad 'th', untuk Thailand, yang kedengaran seperti 'Taiwan' kepada orang-orang Barat. Kekuatan kejujuran intelektual Thai Selain usaha kita dalam menolong Melayu di selatan Thai, perlu dilibatkan juga kekuatan intelektual di universiti Thai selain pergerakan politik, ketenteraan dan intelektualis untuk mendorong kemajuan perdamaian di wilayah berkenaan. Kita tak boleh melihat penyelesaian ini melibatkan politik sahaja. Terbukti, Parlimen kita sendiri telah menolak perbincangan berhubung usul membincangkan kemelut di wilayah tersebut. Rais Yatim tidak dapat berbuat apa-apa dengan alasan, sesama negara Asean tak boleh mencampuri urusan pergolakan dalam negara masing-masing. Rasa-rasanya, tafsiran dan debat ke atas prinsip tidak campurtangan antara sesama negara Asean ini masih boleh dikaji semula. Sedangkan wilayah Palestin yang bergolak kerana dibedil tentera Israel boleh kita peduli dengan menubuhkan tabung bantuan dan menggerakkan kempen kesedaran mengenainya kenapa dalam isu ini, seperti tiada kumpulan yang wujud untuk mengatur gerakan melobi dan pergerakan intelektual untuk tujuan merawat masalah yang sama ulasan ulautedong : dari dulu lagi memang dah nama dia siam .. yang kita pulak iktiraf dia sebagai thai kan dah ubah sebutan sama gak ngan perkataan khinzir n babi .. dulu bila sebut babi tak nak tukau plak kat khinzir nampak baik sikit .. bila dah kena selsema yang kononnya dibawak dek babi terus kekal nama tu sampai sekarang .macam jugak perkataan keling yang diguna sehingga kini di melaka .. hihihihi

KENYATAAN TOK GURU TARIK BALIK GESAAN

Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno. Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang semalam di pejabat agung PAS di ibu negara. Berikut adalah kenyataan penuh beliau: "Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan perihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno. Image "Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair. "Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan. "Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi." Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Dato' Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Dato' Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda PAS , Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nuridah Salleh. ulasan ulautedong : maaf bermaafan antara kita perkara yang mulia .. ingatan ulau buat semua kuasa rakyat jangan dipermain ... amanah yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan ..

Isnin, 2009 Jun 22

Ceramah isu semasa

Khamis, 2009 Jun 04

Selamat Bermuktamar.....

Selasa, 2009 Jun 02

Satu Malaysia?????

Sebaik saja memegang kuasa, PM Najib telah memperkenalkan satu slogan baru iaitu 'satu malaysia'. Maka semua media pun mempopularkan slogan ini. Begitu juga juak juak umno terus berwirid tak kira dimana jua berada dan dalam apa keadaan sekali pun. Jadilah ia seolah olah amalan dan pegangan baru penganut totok umno. Pada aku, bukankah lebih baik Tok najib popularkan slogan 'Allah yang satu'. Bukankah Dia tuhan semesta alam , tuhan bagi zambri, tuhan bagi sivakumar,tuhan bagi altantuya. Dia yang menghidup dan mematikan dan kepada Dia kita semua akan kembali. Baru power dato..... Namun satu perkara yang aku perhatikan,apabila 'satu malaysia' ini dipopularkan ,maka seakan lenyap pula ajaran 'islam hadhari' dari dihayati oleh rakyat malaysia. Tiada lagi amalan, tiada lagi penghayatan. Maka hapuslah satu agama ciptaan manusia.

Isnin, 2009 Jun 01

Bahana nafsu

SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah. Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah. Cukup menarik untuk membicarakan topik ini kerana umumnya ia membabitkan pasangan yang mengadakan hubungan intim membawa kepada perlakuan seks terlarang. Soal sah atau haram diketepikan pelakunya, asalkan hasrat nafsu serakah dicapai.

Inilah Malaysia tanah airku, kerana kerakusan pemimpin memperkecilkan hukum Allah.Bala menimpa satu persatu. Maruah hilang, malu menjadi biasa. Siapa yang menyuburkan semua semua ini berlaku?

Jumaat, 2009 Mei 29

70 DOSA DOSA BESAR

01 - Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan 02 - Bersaksi palsu 03 - Berjudi 04 - Bersumpah palsu dan bohong 05 - Berbohong 06 - Bergambar di baju (bila sembahyang) 07 - Perempuan pelacur 08 - Berbuat buruk terhadap yang lemah 09 - Berdebat dan memusuhi 10 - Bersifat dayus 11 - Bercakap kasar dengan orang tua 12 - Dusta nama Allah dan rasulnya 13 - Derhaka pada suami 14 - Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya 15 - Hakim derhaka 16 - Homoseks (seagama/sejenis) 17 - Mengurangi timbangan 18 - Lari seorang hamba dari tuannya 19 - Lelaki menyerupai wanita 20 - Lari dari medan perang di jalan Allah 21 - Membunuh manusia 22 - Membunuh diri sendiri 23 - Mengamalkan sihir 24 - Meninggalkan sembahyang lima waktu 25 - Meninggalkan sembahyang jumaat 26 - Menderhaka kepada kedua ibu bapa 27 - Memutuskan hubungan silaturrahim 28 - Melakukan zina 29 - Makan harta anak yatim secara tidak betul 30 - Makan dari kekayaan haram 31 - Memberi dan menerima rasuah 32 - Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong 33 - Makan riba 34 - Minum arak 35 - Mencuri 36 - Merompak 37 - Melakukan kezaliman 38 - Melakukan pengkhianatan 39 - Menyebut-nyebut pemberian 40 - Mengingkari janji 41 - Memfitnah 42 - Mengutuk orang islam 43 - Merasa aman dari kemurkaan Allah 44 - Menipu harta rampasan 45 - Melampaui batas 46 - Menuduh zina terhadap orang baik 47 - Memakai emas dan sutera (bagi lelaki) 48 - Mempercayai nujum dan sihir 49 - Menjadi bapa sanggup 50 - Mencari kesalahan orang lain 51 - Menganggu orang lain 52 - Menganggu tetangga 53 - Menyakiti dan memaki orang islam 54 - Mengintip dan membuka rahsia orang 55 - Mencaci sahabat Nabi 56 - Mengurangi wasiat 57 - Mengingkari takdir 58 - Putus asa dari rahmat Allah 59 - Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat 60 - Riak dan mempamerkan diri 61 - Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain 62 - Sombong serta angkuh 63 - Sembelih untuk selain Allah 64 - Tidak mengeluarkan zakat 65 - Tidak berpuasa di bulan ramadhan 66 - Tidak mengerjakan haji jikalau mampu 67 - Tidak istinjak selepas kencing 68 - Tidak mendengar cakap ibu bapa 69 - Tipu daya 70 - Wanita menyerupai lelaki