Isnin, 22 Disember 2008

Radhi OAG cemarkan imej songkok



KUALA LUMPUR - Tindakan vokalis dan gitaris kumpulan rock Old Automatic Garbage (OAG), Mohd. Radhi Razali, 31, yang membuat persembahan dengan aksi membuka baju dan bersongkok pada konsert Rock The World 8 di sini malam kelmarin dianggap mencemarkan budaya tempatan.


Ini kerana penggunaan songkok yang sering dikaitkan dengan tempat serta imej yang elok seperti untuk ke masjid atau majlis rasmi di istana telah disalahgunakan pada konsert yang berlangsung di Secret Garden, Stadium Negara.


Perbuatan itu dilihat bukan sahaja merendah-rendahkan martabat penggunaan songkok malah memberi gambaran negatif masyarakat terhadap penyanyi terbabit.


Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Pencipta Lagu Tanah Air (Papita), M. Daud Wahid ketika diminta mengulas mengenai gelagat Radhi itu berkata, Papita kesal dengan perbuatan tersebut.


"Tindakan Radhi OAG itu jelas membelakangkan nilai-nilai murni budaya kita dan mencalar imej baik artis tempatan.


"Dia tidak seharusnya melakukan tindakan sebegitu biarpun ia tidak disiarkan secara langsung menerusi televisyen, namun ia tetap merupakan persembahan secara terbuka," tegas beliau.




sembur sikit : mamat ni aku tengok macam baru balik mesyuarat umno, tu pasal pakai songkok macam tu.....apa nak herankan sangat dengan songkok tu, kat indonesia lagi ramai wak kang yang bukan islam pakai songkok...buka baju tu apa hal??????

Tiada ulasan: