Jumaat, 29 Mei 2009

70 DOSA DOSA BESAR

01 - Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan


02 - Bersaksi palsu


03 - Berjudi


04 - Bersumpah palsu dan bohong


05 - Berbohong


06 - Bergambar di baju (bila sembahyang)


07 - Perempuan pelacur


08 - Berbuat buruk terhadap yang lemah


09 - Berdebat dan memusuhi


10 - Bersifat dayus


11 - Bercakap kasar dengan orang tua


12 - Dusta nama Allah dan rasulnya


13 - Derhaka pada suami


14 - Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya


15 - Hakim derhaka


16 - Homoseks (seagama/sejenis)


17 - Mengurangi timbangan


18 - Lari seorang hamba dari tuannya


19 - Lelaki menyerupai wanita


20 - Lari dari medan perang di jalan Allah


21 - Membunuh manusia


22 - Membunuh diri sendiri


23 - Mengamalkan sihir


24 - Meninggalkan sembahyang lima waktu


25 - Meninggalkan sembahyang jumaat


26 - Menderhaka kepada kedua ibu bapa


27 - Memutuskan hubungan silaturrahim


28 - Melakukan zina


29 - Makan harta anak yatim secara tidak betul


30 - Makan dari kekayaan haram


31 - Memberi dan menerima rasuah


32 - Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong


33 - Makan riba


34 - Minum arak


35 - Mencuri


36 - Merompak


37 - Melakukan kezaliman


38 - Melakukan pengkhianatan


39 - Menyebut-nyebut pemberian


40 - Mengingkari janji


41 - Memfitnah


42 - Mengutuk orang islam


43 - Merasa aman dari kemurkaan Allah


44 - Menipu harta rampasan


45 - Melampaui batas


46 - Menuduh zina terhadap orang baik


47 - Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)


48 - Mempercayai nujum dan sihir


49 - Menjadi bapa sanggup


50 - Mencari kesalahan orang lain


51 - Menganggu orang lain


52 - Menganggu tetangga


53 - Menyakiti dan memaki orang islam


54 - Mengintip dan membuka rahsia orang


55 - Mencaci sahabat Nabi


56 - Mengurangi wasiat


57 - Mengingkari takdir


58 - Putus asa dari rahmat Allah


59 - Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat


60 - Riak dan mempamerkan diri


61 - Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain


62 - Sombong serta angkuh


63 - Sembelih untuk selain Allah


64 - Tidak mengeluarkan zakat


65 - Tidak berpuasa di bulan ramadhan


66 - Tidak mengerjakan haji jikalau mampu


67 - Tidak istinjak selepas kencing


68 - Tidak mendengar cakap ibu bapa


69 - Tipu daya


70 - Wanita menyerupai lelaki

Sabtu, 23 Mei 2009

Episod yang tak dapat kita lihat...

Secara rasmi pada hari ini sahlah umno tidak berani untuk meletakan calonnya di PRK -penanti.Sebuah parti yang mendakwa memiliki ahli teramai dan terkuat rupanya telah hilang kejantanannya biarpun memiliki keris yang tidak bersarung. Tindakan bacul ini sudah pasti mengecewakan pimpinan pimpinan diperingkat bahagian dan cawangan . Masakan tidak, terlepas 'durian runtuh'.

Oleh kerana tindakan umno ini pertama sekali dalam sejarah tentunya kita merasakan keganjilan akan berlaku sepanjang masa berkempen dan sehingga hari mengundi. Bagi rakyat Penanti, peluang mendapat 'nikmat segera' tentunya tinggal kenangan tidak seperti sahabat mereka di Kuala trengganu, Bkt Gantang dan Bkt selambau.

Yang jelas dan pasti beberapa episod dibawah ini tidak akan kita lihat di Penanti.
1. Projek 'mee segera', turap jalan , longkang baru, lampu isyarat baru,
2. Majlis perasmian surau,masjid, balairaya atau tandas baru
3. Peruntukan khas untuk sekolah cina, tamil dan sekolah agama
4. Bantuan khas kepada ibu tunggal, warga tua dan anak-anak sekolah
5. Majlis penyerahan borang memasuki umno oleh ahli pkr
6. Penempatan atau kem segera pasukan PDRM
7. Tiada visual kemiskinan di Penanti dipaparkan di TV

Itulah sebahagian dari firasat ulau tentang apa yang akan berlaku di Penanti. Mungkin banyak lagi episod lama yang tidak akan dapat kita lihat ulangannya. Semuanya kerana umno dah hilang telornya.

Jumaat, 22 Mei 2009

12 sifat sahabat

Salam sume.erm dalam kita bersahabat..kadang2 tak sume orang boleh di jadikan sahabat baik dan sebagainya…dan sebelum kita memilih orang untuk menjadi sahabat kita..adakah kita sudah memenuhi 12 sifat sahabat ini..dan jika saya tak silap..masa perbincangan ngan beberapa orang rakan..salah seorang dari mereka ade memberitahu tentang hak sahabat..iaitu..kita bersangka baik dengannya dan kita melebihkan dia….

namun di bawah ini..terdapat 12 sifat2 sahabat yang boleh kita teliti dan amalkan dalam hidup kita untuk menghargai kewujudan seorang bernama sahabat…heehhehe merapu je keja..so..mari sama2 kita hayati…

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.

{petikan “Bimbingan Mu’minin” Imam Ghazali}

Rasuah: Tangkapan Libatkan Penjawat Awam Di Melaka Berkurangan

(dari melakahariini)
BANDARAYA MELAKA, 21 Mei - Peningkatan integriti di kalangan kakitangan awam di Melaka memperlihatkan hanya dua penjawat awam ditangkap kerana kesalahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, berbanding 13 seluruh tahun lepas.

Mengumumkan demikian, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, "Ini satu kemajuan yang baik, saya harap prestasi ini dapat ditingkatkan lagi untuk memberi keyakinan yang lebih kepada rakyat terhadap kakitangan kerajaan".Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Seminar Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini, hari ini.

Mohd Ali berkata, di peringkat nasional, bagi tempoh yang sama tahun ini, sebanyak 30 tangkapan melibatkan penjawat awam.Justeru, beliau berharap seminar seperti itu dapat diadakan setiap tahun bagi membolehkan kakitangan awam yang belum mengikutinya berbuat demikian.Ditanya mengenai persiapan Melaka sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-13 tahun depan, Mohd Ali berkata, pihaknya sedang membuat pemantauan rapi secara berkala bagi memastikan kesemua venue disiapkan mengikut jadual.

Antara venue pertandingan itu ialah kolam renang, gelanggang lawnbol dan kawasan untuk perahu layar, katanya.Jelasnya, pihaknya akan menjelajah ke setiap negeri mulai bulan depan bagi mempromosi sukan berkenaan.Temasya sukan itu akan bermula dari 28 Mei hingga 6 Jun 2010 yang akan disertai kira-kira 7,000 atlet, yang akan bertanding dalam 18 sukan wajib dan tujuh sukan pilihan.

sembur : kelakau pun ada bila baca berita ni, umpama beruk disuruh menjaga pisang, selamat ke pisang tu dan beruk itu pun berkata 'aku tak makan pisang'

Khamis, 21 Mei 2009

3 tahap hati

SOAL hati, Imam al-Ghazali ada membuat perincian dengan tiga pembahagian mengikut tahap ketetapan dan kemantapan, kebaikan dan kejahatan atau peralihan kepada satu daripadanya, iaitu:

1- Hati yang dibangunkan dengan binaan takwa, dibersihkan daripada akhlak yang keji dan tercela, lalu terisilah di dalam hati ini lintasan dan saranan kebaikan daripada khazanah alam ghaib atau simpanan alam malaikat.


Dengan daya penglihatan terbukalah kepada daya akal mengenai sudut kebaikannya, lalu memutuskan ia adalah suatu mesti dilakukan. Begitulah daya akal (syarie) ini menggalak, mendorong dan menyerunya supaya melakukannya.

Malaikat akan meninjau ke dalam hati ini, didapatinya baik dan subur, bersih dengan sifat ketakwaan dan bersinar dengan cahaya ilmu. Malaikat mendapati hati ini layak untuk tempat penurunan.

Ketika itu, hati dibantu dengan tentera yang tidak dapat dilihat oleh mata dan sentiasa ditunjuk ke arah kebaikan dan sentiasa tertarik dari satu kepada kebaikan yang berterusan dan saling bersambungan.

Bantuan ini tidak terputus sama ada dalam bentuk saranan, galakan dan dorongan kepada kebaikan atau dirintiskan kepadanya laluan, lorong atau jalan kemudahan dan kelapangan. Allah mengisyaratkan dalam surah al-Lail, maksudnya:

"Apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa. Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga)." (al-Lail:5-7)

Hati sedemikian adalah hati yang pelitanya menyinarkan cahaya dari 'misykat rububiyah' sehingga tidak ada suatu terlindung padanya dan tidak terpengaruh oleh tipu daya syaitan, bahkan tidak akan mempedulikannya.

Selepas bersih daripada sifat tercela membinasakan, hati ini segera terhias indah dengan sifat terpuji yang menyelamatkan seperti syukur, sabar, takut dan pengharapan, zuhud, mahabbah, reda, rindu, tawakal, tafakkur dan muhasabah.

Hati inilah diterima dan dihadapkan Allah ke atasnya iaitu hati muthmainnah yang dimaksudkan oleh firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia." (ar-Ra'd)

2- Hati yang kecewa dan terbuang, dipenuhi hawa nafsu, dikotori dengan akhlak buruk dan tercela, terdedah dan terbuka luas kepada pintu syaitan dan tertutup dari pintu malaikat.

Punca kejahatannya ialah bermula daripada lintasan hawa nafsu ke dalam hati dan membisikkan dengan kejahatan, lalu hati merujuk kepada hakim akal untuk mendapatkan nasihatnya.

Tetapi akal sudah biasa menjadi khadam yang sentiasa patuh kepada hawa nafsu, sentiasa mencari helah dan tipu muslihat bagi membantu hawa nafsu, sehingga akal dikuasai nafsu, lalu hati menerima setiap kemahuan hawa nafsu yang menjadikan kekotoran semakin tebal, karat dan kegelapannya kerana semakin lemah daya akal dari mengawal dan mempertahankan.

Ketika itu, syaitan mengambil peranan untuk memperkuatkan penguasaan hawa nafsu ke atas hati melalui tugasnya.

Dengan sebab itu, semakin lemahlah daya imannya dengan janji Allah yang baik dan jahat, semakin malap cahaya keyakinannya kepada hakikat hidup akhirat, kerana asap debu gelap daripada hawa nafsu menutupi hati sehingga menutup sinar cahayanya.

Sementara akal sudah menjadi seperti mata yang terkena asap, tidak mampu lagi untuk melihat dengan baik.

Demikianlah kesan penguasaan keinginan hawa nafsu kepada hati, sehingga hati tidak lagi berdaya untuk menggunakan fikiran dan membuat pertimbangan.

Jika cuba disedarkan oleh seorang yang ikhlas atau diterangkan jalan yang benar, ia sudah menjadi buta dan tuli. Yang bergelora adalah keinginan hawa nafsunya, lalu lahirlah pelbagai maksiat.

Hati yang demikian diisyaratkan Allah dalam firman-Nya bermaksud: "Adakah engkau nampakkah orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya?

Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami, Mereka hanya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi." (al-Furqaan: 43-44)

3- Hati yang didatangi lintasan hawa nafsu dan membisikkan perlakuan kejahatan tetapi segera dipintas lintasan iman dan mengajaknya supaya melakukan kebaikan.

Ketika itu dengan keinginannya cuba menolong lintasan kejahatan sehingga semakin kuat tarikan hawa nafsu.

Oleh itu, akal segera menyedarkan kepada kebaikan dan mempertahankan diri daripada serangan hawa nafsu serta menjelaskan sudut keburukannya sehingga diri nafsu itu cenderung kepada nasihat akalnya.

Tetapi syaitan tidak melepaskan peluang untuk memberikan bantuan terakhir menentang akal, sehingga lintasan dan saranan hawa menjadi semakin kuat.

Demikian hati menjadi rebutan berterusan antara dua daya tarikan iaitu tarikan hawa nafsu dengan bantuan syaitan serta tarikan akal dan ketakwaan dengan bantuan malaikat.

Sekiranya sifat yang ada pada hati lebih kepada sifat bahimiyah, sabu'iyah dan syaitaniyah, hati akan dikuasai syaitan, malah cenderung kepada golongan dan puak syaitan yang akan melahirkan pelbagai bentuk maksiat.

Tetapi jika yang ada pada hati itu lebih kepada sifat malaikat, hati tidak akan mendengar rayuan syaitan, bahkan tidak terpengaruh kepada janji syaitan, sebaliknya akan cenderung kepada golongan Allah dan dengan itu akan lahirlah pelbagai ketaatan.

Selasa, 19 Mei 2009

BN PENGECUT - Malaysiakini

Perdana Menteri memberikan tiga alasan mengapa BN tidak akan bertanding dalam PRK-Penanti.Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.


Namun semua orang tahu hakikat sebenarnya tidak bertanding.Inilah julung kalinya parti yang mendakwa kuat namun takut bertanding untuk berdepan dengan rakyat.Seperti juga apabila ada desakan supaya dibubarkan Dun Perak pun berbelit belit alasan yang diberikan.Mari kita tanya pula PM dengan tiga soalan,



Pertama : Bagaimana kiranya (mungkin) ada wakil rakyat BN, meletak jawatan atau disabitkan dengan jenayah yang terpakasa mengosongkan kerusi, adakah pada masa itu BN tidak akan bertanding juga?


Kedua : Berbagai kemungkinan boleh berlaku dalam PRK, kemungkinan juga BN boleh menang, jadi kenapa harus dipermainkan nasib pengundi Penanti. Bukankah BN boleh saja menjadi pembangkang yang kuat didalam DUN Pulau pinang.


Ketiga : Jika persoalan untuk meningkatkan ekonomi dijadikan alasan, bagaimana pula nasib DUN Perak yang umpama sarkas pada masa ini. Adakah pelabur yakin untuk dengan keadaan politik yang tidak menentu.

Apapun alasan PM yang jelas beliau sangat takut untuk berhadapan dengan rakyat. Pemikiran politik rakyat sekarang sudah berubah. BN sedar dengan keadaan itu maka alasan dicari untuk mengelak tetapi yang sebenarnya , takut.

Selasa, 5 Mei 2009

Taubat sebelum terlambat

Sesungguhnya tidak satu manusia pun di alam ini yang terbebas dari dosa walaupun kecil. Namun demikian Allah swt dengan rahmatnya kepada hamba-hamba-Nya selalu memberikan kepada mereka yang berbuat dosa kesempatan untuk bertaubat dari segala dosa dan kesalahan.



Allah selalu membukakan pintu taubat-Nya bagi hamba-hamba-Nya yang mau bertaubat selama ruhnya belum berada di kerongkongan atau matahari terbit dari barat.



Taubat dari dosa menurut Al Ghozali adalah kembali kepada Sang Maha Penutup aib dan Yang Maha Mengetahui yang ghaib (Allah swt). Ia merupakan awal perjalan orang-orang yang berjalan, modal orang-orng sukses, langkah awal para pencinta kebaikan, kunci istiqomah orang-orang yang cenderung kepada-Nya, awal pemilihan dari orang-orang yang mendekatkan dirinya, seperti bapak kita Adam as dan seluruh para Nabi.( Ihya Ulumuddin juz IV hal 3)




Tentunya taubat seorang yang berdosa hendaklah dilakukan secara serius dan sungguh-sungguh bukan bertaubat kemudian dengan mudahnya dia mengulangi lagi perbuatan maksiatnya. Inilah yang disebut dengan Taubat Nashuha artinya taubat yang sebenar-benarnya, murni dan tulus, sebagaimana firman Allah swt,”Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya).




Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Rabb Kami, sempurnakanlah bagi Kami cahaya Kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." (QS. At Tahrim : 8)



Dosa yang dilakukan seorang manusia baik yang terkait dengan Allah swt, seperti : tidak menjalankan perintah-perintah-Nya ataupun dosa yang terkait dengan manusia lainnya, seperti : mencuri harta bendanya dan lainnya, menuntutnya untuk melakukan taubat agar Allah swt memberikan ampunan kepadanya dan manusia yang dizhalimi tersebut memberikan pemaafan kepadanya.




Cara-cara melakukan taubat nashuha :

1. Meninggalkan kemaksiataan yang dilakukannya.

2. Menyesali perbuatannya.

3. Bertekad kuat untuk tidak mengulangi lagi selama-lamanya.

4. Jika terkait dengan hak-hak orang lain maka hendaklah ia mengembalikannya kepada yang memilikinya.