Jumaat, 22 Mei 2009

Rasuah: Tangkapan Libatkan Penjawat Awam Di Melaka Berkurangan

(dari melakahariini)
BANDARAYA MELAKA, 21 Mei - Peningkatan integriti di kalangan kakitangan awam di Melaka memperlihatkan hanya dua penjawat awam ditangkap kerana kesalahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, berbanding 13 seluruh tahun lepas.

Mengumumkan demikian, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, "Ini satu kemajuan yang baik, saya harap prestasi ini dapat ditingkatkan lagi untuk memberi keyakinan yang lebih kepada rakyat terhadap kakitangan kerajaan".Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Seminar Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini, hari ini.

Mohd Ali berkata, di peringkat nasional, bagi tempoh yang sama tahun ini, sebanyak 30 tangkapan melibatkan penjawat awam.Justeru, beliau berharap seminar seperti itu dapat diadakan setiap tahun bagi membolehkan kakitangan awam yang belum mengikutinya berbuat demikian.Ditanya mengenai persiapan Melaka sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-13 tahun depan, Mohd Ali berkata, pihaknya sedang membuat pemantauan rapi secara berkala bagi memastikan kesemua venue disiapkan mengikut jadual.

Antara venue pertandingan itu ialah kolam renang, gelanggang lawnbol dan kawasan untuk perahu layar, katanya.Jelasnya, pihaknya akan menjelajah ke setiap negeri mulai bulan depan bagi mempromosi sukan berkenaan.Temasya sukan itu akan bermula dari 28 Mei hingga 6 Jun 2010 yang akan disertai kira-kira 7,000 atlet, yang akan bertanding dalam 18 sukan wajib dan tujuh sukan pilihan.

sembur : kelakau pun ada bila baca berita ni, umpama beruk disuruh menjaga pisang, selamat ke pisang tu dan beruk itu pun berkata 'aku tak makan pisang'

Tiada ulasan: