Khamis, 30 Oktober 2008

Alor Gajah, PJU diarah pilih semula ketua bahagian...malaysiakini

Umno Selangor telah mengarahkan bahagian Petaling Jaya Utara (PJU) mengadakan semula pemilihan ketua bahagian tersebut, selepas kedua-dua calon yang bertanding mendapat undi yang sama banyak.Dalam mesyuaratnya Ahad lalu, penyandang jawatan tersebut, Datuk Ikhwan Salim Abu Sujak dan pencabarnya Datuk Zainuddin Abdul Rahman masing-masing mendapat 124 undi.

Ikhwan Salim menyandang jawatan ketua Umno bahagian Petaling Jaya Utara sejak dua penggal lalu, manakala Zainuddin merupakan ahli biasa cawangan.Ketika dihubungi hari ini, Ikhwan Salim berkata, pihaknya sedang mengatur tarikh untuk mengadakan semula mesyuarat bahagian PJU."Kami sedang melihat tarikh yang sesuai untuk mengadakannya tetapi akan dibuat sebelum tarikh akhir 9 November depan," katanya.

Sementara itu difahamkan , mesyuarat untuk memilih ketua bahagian akan diadakan pada 5 November depan.Bahagian PJU mencalonkan Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk jawatan presiden Umno dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib bagi jawatan timbalan presiden.Bagi naib presiden pula, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Syed Hamid Albar dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Umno bahagian Alor Gajah akan mengadakan semula pemilihan ketua bahagian tersebut pada 1 November ini.Arahan tersebut dibuat oleh Umno Melaka kerana mesyuarat pada 19 Oktober lalu, menghadapi masalah teknikal.

Dalam mesyuarat itu, keputusan pengundian untuk jawatan ketua bahagian tidak dapat diumum oleh jawatankuasa pemilihan, kerana lebihan kertas undi berbanding dengan jumlah perwakilan.Dalam pemilihan tersebut, exco negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek, Datuk Ghafaar Atan ditentang oleh bekas Adun Durian Tunggal, Datuk Abdul Kadir Daud.

Abdul Kadir yang dihubungi berkata, terdapat lebihan tiga kertas undi bagi jawatan ketua bahagian. Jawatankuasa pemilihan mendapati terdapat 398 kertas undi berbanding 395 jumlah perwakilan yang mengundi."Mungkin ada perbuatan sabotaj...tetapi biarlah perwakilan yang menentukan jawatan ketua bahagian Alor Gajah.

"Namun berdasarkan mood perwakilan dalam mesyuarat 19 Oktober lalu, saya mempunyai peluang cerah menang jawatan ketua bahagian," katanya.Alor Gajah mencalonkan Najib untuk jawatan presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (timbalan). Bagi jawatan naib presiden, bahagian tersebut mencalonkan Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

sembur sikit : apalagi nak kata dengan spesis umno ni , sama dia pun nak tipu...kalau dengan pembangkang tentu lebih lagi

Tiada ulasan: