Selasa, 11 Ogos 2009

PERKAHWINAN SUNNAH NABI SAW

Perkahwinan adalah salah satu ketentuan semulajadi(sunnatullah) yang umumnya berlaku kepada semua makhluk. Sebagai makhluk Allah yang paling mulia, manusia mempunyai peraturan tertentu dalm melaksanakan sunnatullah ini dalm surah Yaasin:

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan sesuatu berpasang-pasangan, baik tumbuhan mahupun diri mereka sendiri dan lain-lain yang mereka tidak ketahui”.

Dari surah Hujurat: “Wahai manusia, kami jadikan kamu sekalian dari lelaki dan perempuan”.

Allah menerangkan dalam ayat di atas kepada mausia bahawa setiap sesuatu dijadikan berpasangan mengikut ketentuan jodoh. Kemudian Allah memberi keinginan kepada makhluk-Nya berpasangan, naluri memerlukan antara satu sama lain. Bertitik tolak dari perasaan ini, maka berlakulah perkahwinan dan berkembang biaklah makhluk-makhluk Allah di muka bumi ini. Menolak atau mengabaikan perkahwinan adalah perbuatan yang menyimpang dari sunnah Rasulullah.


Pada dasarnya perkahwinan adalah sebahagian dari fitrah manusia. Selain dari itu, perkahwinan merupakan sebahagian dari hukum Allah yang berlaku di alam nyata. Oleh itu, Rasulullah melarang dari menolak atau mengabaikan perkahwinan, bahkan mencela keras dan tidak mengakui umat baginda. Sabda baginda:“Nikah itu sunnahku, maka sesiapa yag tidak mengerjakan sunnahku bukanlah ia dari golonganku”.


Allah tidak mahu menjadikan manusia seperti makhluk lain yang hidup bebas mengikut nalurinya dan melakukan hubungan jenis secara rambang tanpa peraturan tertentu. Oleh itu, Allah menetapkan hukum yang sesuai dengan martabat manusia itu sendiri. Hubungan lelaki dan perempuan diatur secara terhormat berdasarkan saling redha-meredhai dan dengan ijabkabul sebagai lambang persetujuan antara kedua belah pihak.


Bentuk perkahwinan ini telah memberi jalan yang aman pada naluri(seks) dan megatur keturunan mausia dengan baik. Perkahwinan juga memelihara perempuan dari dikuasai oleh lelaki dengan sewenang-wenangnya tanpa sesuatu undang-undang terkawal. Pergaulan suami isteri terkandung dalam naungan naluri keibuan dan kebapaan, sehingga nantinya akan menghasilkan zuriat yang baik dan bersih. Zuriat yang baik adalah lambang kasih sayang antara suami isteri yang sah.

Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 72:
“Dan Allah menjadikanmu bagi kami dari diri kamu sendiri berpasang-pasangan (isteri) dan dijadikan kami dari pasangan kamu, anak-anak dan cucu serta dikurniakan kepada kamu dari benda-benda yang baik dan halal”.


Demikianlah Allah menjadikan lelaki dan perempuan dengan dibekalkan naluri dari perasaan saling memerlukan antara satu sama lain dan diwahyukan pula syariat berlandaskan kepada naluri dan “kefitrahan” semulajadi ini adalah sebagai menjamin kehidupan sosial umat manusia yang beriman kepada Allah dan RasulNya.

buat sahabat-sahabat yang hadir dalam majlis kenduri tempohari, saya mewakili isteri dan keluarga mengucapkan terima kasih dan jazakumullah khairan jaza'.Doakan kebahagiaan kami sekeluarga.

Tiada ulasan: