Selasa, 2 Jun 2009

Satu Malaysia?????

Sebaik saja memegang kuasa, PM Najib telah memperkenalkan satu slogan baru iaitu 'satu malaysia'. Maka semua media pun mempopularkan slogan ini. Begitu juga juak juak umno terus berwirid tak kira dimana jua berada dan dalam apa keadaan sekali pun. Jadilah ia seolah olah amalan dan pegangan baru penganut totok umno.

Pada aku, bukankah lebih baik Tok najib popularkan slogan 'Allah yang satu'. Bukankah Dia tuhan semesta alam , tuhan bagi zambri, tuhan bagi sivakumar,tuhan bagi altantuya. Dia yang menghidup dan mematikan dan kepada Dia kita semua akan kembali. Baru power dato.....

Namun satu perkara yang aku perhatikan,apabila 'satu malaysia' ini dipopularkan ,maka seakan lenyap pula ajaran 'islam hadhari' dari dihayati oleh rakyat malaysia. Tiada lagi amalan, tiada lagi penghayatan. Maka hapuslah satu agama ciptaan manusia.

Tiada ulasan: