Khamis, 30 Oktober 2008

Wan Nor Azlin tuntut nafkah




PETALING JAYA 29 Ogos - Selepas hampir empat bulan ditinggalkan tanpa sebarang berita, pelakon Wan Nor Azlin Wan Mohd. Husain (gambar) hari ini tampil memfailkan tuntutan nafkah sara diri dan anak-anak daripada suaminya, Mohd. Yazli Yaacob.

Wan Nor Azlin selaku plaintif hadir diwakili peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan di Mahkamah Rendah Syariah di sini untuk proses tersebut pada kira-kira pukul 3.10 minit petang.

Dalam pernyataan tuntutannya, Wan Nor Azlin meminta dibayar RM5,000 untuk perbelanjaan peribadi, RM2,000 untuk perbelanjaan rumahtangga, RM1,000 untuk Amanah Saham Bumiputera dan RM500 untuk bayaran insurans peribadi bulanannya.

Plaintif juga menuntut Mohd. Yazli menjelaskan tunggakan pinjaman rumah sebanyak RM122,892, ansuran rumah RM3,500, ansuran kereta kereta RM1,686, penyelenggaraan dua rumah di Damansara Indah Resort Homes dan Damansara Impian serta bil-bil semasa sebanyak RM500 pada setiap bulan.

Dalam pernyataan tuntutan itu juga, Wan Nor Azlin, 40, mendakwa Mohd. Yazli, 38, sering mengabaikan nafkah untuk dirinya dan tiga anak mereka, Danial Luqman, 8, Danny Iskandar, 7 dan Dania Camelia, 4.

Dakwanya, Mohd. Yazli juga sering meninggalkan beliau dan anak-anak yang mana kali pertama berlaku pada tahun 2001 apabila defendan menghilang diri selama 40 hari, selama dua tahun pada 2005 dan terkini sejak 10 Julai lalu.

Sembur sikit : dulu nak kahwin kecoh gak (syyyyyyyyy....) dah kahwin pun kecoh gak...sabau je lah..

Tiada ulasan: