Selasa, 7 Oktober 2008

Apa akan jadi bila Pak Ali Jadi TPM ??

Dari Blog KPPNM
Saya tertarik dengan pengumuman Datuk Seri Ali Rustam bersedia bertanding kerusi timbalan presiden Umno selepas Datuk Seri Zahid Hamidi menyatakan kesediaan kerebut kerusi panas tersebut dan selepas ini saya ramalkan beberapa orang lagi akan menyatakan kesediaannya bagi calon tim. pres. Umno atas hujah kononnya desakan akar umbi dan ubi kayu. Perlu ingat, kerusi tim. pres. Umno merupakan tiket sebagai tim. perdana menteri. Saya berharap ahli Umno berfikir panjang. Ini bukan persoalan rumah tangga Umno sahaja kerana ia akan melibatkan peneraju nagara. Justeru, kita jangan perjudikan nasib negara disebabkan sentimen mengampu pemimipin tertentu.
Saya lihat Ali Rustam dah mula pasang kaki kipas dikalangan pemimpin Umno negeri Melaka untuk memuji dan memuja beliau, maklumlah masing - masing cari makan dengan cara ampu sana, ampu sini. Saya mengajak kalian semua lihat dulu trekrekod kepimpinan Ali. Rakyat Melaka sekarang tak sedar bahawa zaman Ali Rustam jadi KM, beliau berjaya menambah kadar hutang negeri dan meningkat setiap tahun. Trend suka menambah hutang ini adalah tidak sesuai dalam sistem pentadbiran kerajaan yang akhirnya akan membawa bebanan kepada rakyat untuk jangka masa panjang. Juga merupakan satu tindakan yang kurang bijak dalam aspek pengurusan dana kerajaan. Satu lagi di zaman beliau juga kerajaan Melaka telah hilang beberapa institut pendidikan agama JAIM kerana terpaksa diserahkan kepada kerajaan pusat disebabkan ketidak mampuan kerajaan negeri dalam pengurusan kewangannya. Saya rasa cukup dua perkara ini saya dedahkan dahulu sebagai tatapan ahli Umno khasnya, sebelum mengambil sikap menyokong 100% Datuk Seri Ali Rustam bertanding kerusi Timbalan Presiden Umno.

Tiada ulasan: