Termenung aku seketika ketika memikirkan permasalahan di bumi ALLAH ini, dan memikirkan betapa peliknya keadaan zaman ini. Antara dua keadilan, sepatutnya tiada kompromi; keduanya harus ditegakkan. Tetapi mengapa hanya satu sahaja yang diperjuangkan, sedangkan yang kedua lebih hampir dan mudah untuk diperbetulkan?
Apa yang dimaksudkan penulis ialah antara ketidakadilan yang berlaku di Malaysia, dan yang berlaku di Palestin. Pelik, pada pandangan penulis, bagaimana rakan-rakan penulis yang bersemangat untuk memperjuangkan Islam, seolah-olah tidak kisah akan ketidakadilan yang berlaku di tanah air sendiri, tetapi sibuk melaungkan perjuangan Muslim di Palestin.
Apa yang dimaksudkan penulis ialah antara ketidakadilan yang berlaku di Malaysia, dan yang berlaku di Palestin. Pelik, pada pandangan penulis, bagaimana rakan-rakan penulis yang bersemangat untuk memperjuangkan Islam, seolah-olah tidak kisah akan ketidakadilan yang berlaku di tanah air sendiri, tetapi sibuk melaungkan perjuangan Muslim di Palestin.
Al Quran, Kitab suci petunjuk sepanjang zaman
Bukanlah hendak dikatakan bahawa Palestin itu tidak penting; jauh sekali, tetapi apakah dengan memperjuangkan hak rakyat Palestin kita harus melupakan hak penduduk bukan Islam yang duduk di negara yang mempunyai majoriti Muslim?
Contohnya, dalam peristiwa Grand Saga, dimana seorang mekanik telah dipukul oleh polis dengan sebegitu teruk tanpa sebab munasabah, dimanakah orang Islam? Dalam kes Teresa Kok, mengapa begitu lambat respons Muslim, (dengan pengecualian PAS dan beberapa kumpulan lain)? Ada pula kumpulan yang sanggup lagi mempertikaikan kezaliman yang berlaku walaupun telah dibuktikan bahawa beliau tidak bersalah? Dan selepas itu, apa yang Muslim secara kolektif lakukan? Dalam kes masyarakat pribumi di Semenanjung dan di Sabah dan Sarawak, apakah kita tidak merasakan bahawa itu satu perkara yang kita patut tangani atas dasar Islam kita, dan bukan atas dasar kaum? Jika begitu, mengapa tidak ramai Muslim Melayu yang membicarakannya? Apakah kita benar-benar memahami dan mengambil berat tentang mereka, yang telah kehilangan tempat tinggal dan hak mereka?
Kita begitu lantang menentang penjajahan Israel di Palestin, begitu bersemangat berkumpul menentang dan memboikot produk-produk yang menyokong Israel, tetapi apabila kezaliman dilakukan oleh Muslim di negara sendiri, dimanakah kita?
Maka persoalannya, adakah kita membantu atas dasar yang seseorang itu Muslim, Melayu, atau atas dasar Islamnya kita.
Apakah Rasulullah hanya membantu orang Islam dan tidak mengendahkan orang bukan Islam?Jika tidak, maka mengapa kita memandang enteng perkara-perkara kezaliman yang tidak melibatkan orang Islam, dan mempunyai fikiran bahawa 'ia bukan hal aku. ahli politik mereka boleh selesaikan'. Adakah itu yang Islam mahukan?Mungkin ada silapnya dalam penulisan ini; penulis membuat generalisasi yang terlalu banyak. Tetapi penulisan ini lebih berupa muhasabah diri. Tepuk dada tanya Iman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan