Jumaat, 4 Disember 2009

Tak layak ajar agama


PUTRAJAYA: Penceramah muda yang juga bekas penyanyi rock, Akhil Hayy tidak layak berceramah dan mentarbiah orang lain berdasarkan latar belakang agama yang cetek selain hanya mengharapkan populariti sebagai artis semata-mata. Bukan itu saja, penceramah yang pernah menjadi pengacara sebuah rancangan ilmiah di televisyen itu juga tidak pernah diberikan sebarang kelulusan berceramah dan pernah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Kenyataan itu dikeluarkan Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi yang mengakui berdasarkan maklumat, bekas penyanyi kumpulan rock terbabit tidak mempunyai latar belakang agama bagi melayakkannya memberikan ceramah agama.Tanpa berselindung, beliau berkata, penceramah muda terbabit juga pernah ditahan kerana tidak memiliki kebenaran bagi menyampaikan ceramah tetapi tidak didakwa dan dibebaskan.

Tiada ulasan: