Selasa, 4 November 2008

Gantikan Rosmah di Unisel

Pemuda Pakatan Rakyat menggesa kerajaan Selangor menggantikan isteri timbalan perdana menteri, Rosmah Mansor sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel).

rosmah mansor and uniselUniversiti milik penuh kerajaan negeri itu melantik isteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai canselor pertamanya pada Ogos 2006.

Unisel, yang ditubuhkan pada 1999, diuruskan oleh Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB) yang dipengerusikan oleh menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor bersama Pemuda PAS Selangor dan DAP Selangor akan menyerahkan surat bantahan kepada Abdul Khalid esok.

Dalam surat bantahan itu, Pemuda Pakatan mahu Unisel mencari seorang calon canselor yang "lebih bermoral dan berintegriti."

sembur sikit : aku sokong 101 peratus , lagi pun makcik tu tak pernah belajau sampai U pun, tidak pun bagi lah dia jadi canselor bagi sekolah tadika kemas semalaysia

1 ulasan:

Ibnu Mohyeddin berkata...

ala .. takat makcik semah tu baik tak payah lah .. mentang-mentang laki dia bakal Pee Emm nak ganti paklah .. semua nak calonkan dia
naper tak calonkan isteri Mb selangor sendiri ke ketua muslimat pas pusat ker .. ok per