Tuntutan tersebut dibuat berikutan kenyataan media kedua-dua pemimpin kanan kerajaan negeri Perak itu yang mengaitkan Mohd. Tajol Rosli terlibat dalam konspirasi politik berkenaan kes penangkapan dua exco kerajaan negeri ini oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) Perak pada Ogos lalu.
Mohammad Nizar dan Koo Ham juga mendakwa tindakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak itu sebagai salah satu usahanya untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang kononnya berlaku pada 31 Ogos lalu.Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu itu bertindak mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan mereka yang disifatkan berniat jahat dan menjejaskan kredibiliti beliau sebagai ahli politik.Menerusi surat tuntutan itu, Mohd. Tajol Rosli menghendaki Mohammad Nizar dan Koo Ham menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf kepadanya dalam masa tujuh hari atau tindakan undang-undang bakal diambil.
sembur sikit : dah tak ada isu,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan