Jumaat, 20 Februari 2009

10 WASIAT HASSAN AL-BANNA


1. Bangunlah sembahyang apabila saudara mendengar azan, walau bagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah dan jangan sama sekali saudara menggunakan masa untuk perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah untuk bertutur di dalam Bahasa Arab yang betul kerana ianya merupakan salah satu daripada syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak akan memberikan apa-apa faedah.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana para pejuang tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana ianya sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah berkata-kata melainkan yang memberikan kebaikan.

9. Berkenal-kenallah dengan saudara Muslim yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta untuk berkenalan kerana asas gerakan dakwah kita adalah berkenalan dan berkasih sayang.

10. Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang apa cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan faedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.

Dilahirkan pada 14-Oct-1906 di Mahmudiyya, Egypt
Meninggal pada 12-Feb-1949 di Cairo, Egypt

Ahad, 15 Februari 2009

Sebelum Kita Kembali ke Rahmatullah...


Kadang-kadang kita merasakan hidup ini seolah-olah mimpi. Sesuatu yang ada kita sayangi, kemudian hilang tiba-tiba tanpa izin dari kita.Tapi hidup ini realiti. Setiap waktu berlalu tidak akan datang semula.


Janganlah bimbang kerana Rasulullah s.a.w. memberi keyakinan kepada kita bahawa kita akan dapat balik apa yang kita lakukan di dunia. Semuanya di ganjari sewajarnya oleh Allah.


Bagi kita yg masih tinggal, lakukan amalan yang terbaik di sini (DO THE BEST here) supaya di kurniakan yang terbaik (to get THE BEST there) iaitu syurga Allah di akhirat.


Sementara masih sihat atau tak uzur sangat, sumbangkan masa dan tenaga untuk membantu agama Allah.


Bila dah tak boleh......tinggal kenangan.



DO IT NOW...senang cerita.


* ingatan buat aku dan korang semua

Jumaat, 6 Februari 2009

Info..


CERAMAH PERDANA

Oleh
YB Haji Salahuddin Bin Ayub
(MP Kubang Kerian / Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat )

Ust Kamarudin Bin Hj Sedek
(Ketua Pemuda Pas Melaka)


10 hb Feb 2009
9.00 malam
Kg Sempang Pantai -Merlimau


' Isu hangat, disebalik kegawatan Perak dan Gaza'
Semua Dijemput Hadir..

AMPUUUUUN TUANKU !!!!!!!!!!!!!