Ahad, 19 April 2009

Tanda Allah cintakan kita

Setiap hari, macam2 ni'mat yang kita rasai. Macam mana leka sekalipun hambaNya terhadapNya, Dia yang Maha Esa tidak pernah lupakan hambaNya. Dan adakalanya Allah memberi tanda kecintaannya pada kita dengan beberapa cara :


Allah menjaga kita dari kelalaian dunia

Dia tak akan membiarkan dunia memakan dan menguasai hambaNya. Jika kita dapati diri kita 24 jam mengingati Allah, maka itu tanda-tanda cinta Allah.

Allah menjadikan hambaNya seorang yang Soleh

Jika kita dapati diri kita menuju kesolehan, walaupun sedikit demi sedikit, itu membuktikan kecintaanNya pada kita. Sebagai contoh seorang muslimah yang tidak bertudung tetapi mereka mula memakai anak tudung, maka ia sedang menuju kesolehan. InshaAllah, hidayah akan sampai padanya sehingga dia memakai tudung yang benar-benar menutup aurat.

Allah memudahkan untuk memahami ilmu agama

Ini adalah rentetan dari menuju kesolehan. Kita akan bertambah faham mengenai ilmu agama. Mula2 kita tidak tahu mengenai tajwid, kemudian mempelajarinya. akhirnya kita sudah dapat menghafaz sebahagian ayat-ayat dan surah dari Al-Qur'an. Bagi yang sudah ada asas-asasnya pula, Allah akan memberi kemahuan untuk memperbaiki ilmu-ilmu agama yang ada dan menambahkannya.

Allah mencampakkan ketenangan dalam hati

Setiap perkara dan musibah yang menimpa, hati kita tidak pun berasa gusar ataupun marah. Sedikit pun tak mengeluh walaupun kesusahan yang menimpa cukup memedihkan.


Allah memudahkan untuk melakukan ketaatan

Allah akan memudahkan dan melorongkan kita untuk berbuat kebaikan.

Allah memberikan kesulitan untuk melakukan maksiat

Apabila kita merasa ingin melakukan maksiat, Allah akan memberi kepayahan untuk menujunya. Ini dapat menghindarkan kita dari mendapat dosa.

Allah memberi Husnul Khatimah (Pengakhiran hidup yang baik)

Allah akan menutup hidup seseorang hambaNya dengan amalan soleh. Hal ini sangat penting kerana detik2 terakhir itu yang dikira dalam menentukan destinasi kita di sana nanti. Sangatlah rugi bagi orang yang selalu beramal soleh tapi mati dalam keadaan yang bergelumang dalam maksiat. (Na'uzubillaahi min zaalik!)

Semoga kita semua menjadi hamba yang dicintaiNya...

Isnin, 13 April 2009

Artis pun dah masuk PAS..

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak dapat menahan kesedihan apabila terharu dengan penghijrahan artis-artis di negara ini yang semakin meminati Islam terutama Amy Search.Beliau yang merasmikan Himpunan Belia sempena Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan itu tidak dapat menahan sebaknya apabila mengingatkan penghijrahan artis-artis dan golongan seni yang kini semakin ramai berminat pada Islam begitu menyentuh perasaannya.


“Tiada siapa yang menyangka artis dari kumpulan rock kini telah menjadi ‘ikon’ baru kepada remaja membawa mesej yang baik kepada golongan remaja.“Perkara itu langsung tidak pernah terfikirkan oleh sesiapapun, namun jika itu kehendak Allah apapun boleh berlaku,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada berucap pada majlis itu yang diadakan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, di sini yang berakhir tengahari tadi.

Beliau turut menghayati tiga buah lagu yang disampaikan oleh Raja Rock Malaysia itu iaitu ‘Tiada Lagi’, ‘Menteri Di Ufuk Timur’ (yang ditujukan khas buat Nik Aziz) dan Isabella.



Keadaan cuaca yang tidak begitu panas memberi peluang peminat Amy Serch untuk mengikuti persembahannya dengan mudah.Memandangkan majlis berkenaan diadakan pada siang hari, peminat Amy dapat melihat wajahnya dengan lebih jelas lagi.Sempena program yang bertemakan ‘Jom Sertai PAS’ itu juga, vokalis kumpulan rock ‘Arrow’ Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli, 40 telah membaut kejutan apabila secarah sah menyertai PAS hari ini.Beliau menyerahkan sendiri borang keahlian itu kepada Nik Aziz di atas pentas sebelum majlis berkenaan berakhir.

Turut menyaksikan majlis yang penuh ceria itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Ahmad Yaacob, anggota exco kerajaan negeri Haji Abdul Fatah Mahmood, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah di samping beberapa orang pimpinan peringkat parti.Renggo yang berasal dari Tanah Merah Kelantan juga terkenal dengan jolokan raja syahdu adalah antara 50 orang golongan belia lain yang turut menyertai PAS sempena majlis yang julungkali pernah diadakan di peringkat negeri itu.

Bagaimanapun Amy Serch yang juga turut bersyukur dapat bersama lagi dengan Tuan Guru yang menjadi ‘idolanya’ belum berbuat demikian.

Katanya, untuk ketika ini beliau ingin kekal imejnya sebagai seorang penyanyi rock dengan tidak menyertai mana-mana parti politik.

“Namun pada masa hadapan saya belum dapat tentukan lagi keadaan saya, jika itu (sertai PAS) kehendak Allah tidak mustahil saya akan berbuat demikian,”ujarnya.Amy ketika berucap pada majlis itu turut menceritakan saat mula beliau bertemu dengan Nik Aziz yang turut hadir ke restorannya Cheng Ho di Kuala Lumpur.Selepas itu bertemu lagi di tanah suci Mekah selepas tiga hari berada di sana untuk menunaikan umrah.

“Pada 19 April nanti Tuan Guru akan mengerjakan umrah lagi, sepatutnya saya juga akan ke sana, namun memandangkan keadaan tidak mengizinkan, saya terpaksa memilih tarikh lain,”ujarnya lagi.

Ulautedong kembali mematuk

Insyaallah, ulautedong akan kembali mematuk setelah agak lama melengkau disarang. Begitulah adanya kekadang kita disempitkan oleh kesibukan masa. Musim mesyuarat agong, cawangan , dewan tambah lagi pilihanraya kecil, tambah lagi ulautedong diuji Allah dengan sedikit penyakit yang menyebabkan badan tidak berapa selesa.Pun begitu, semuanya kecil dan mulai selesai dan kini insyaallah kita akan kembali . Maaf pada semua pengunjung.