Rabu, 28 Januari 2009

Lawak santai

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi. CT, SERI, MURNI dan SURI.Suatu hari mereka berpakat untuk kawinkan anak-anak mereka serentak.

Selepas diijabkabulkan, keempat-empat anaknya bercadang untuk pergi berbulan madu.CT berbulan madu ke Pulau Langkawi, SERI ke Pulau Tioman, MURNI ke Pulau Kapas dan SURI ke Pulau Pangkor.Sebelum pergi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan abah, ceritakan macam mana bulan madu korang. Tak payah tulis panjang-panjang, pakai KOD IKLAN aje dah cukup. Ringkas, padat dan cepat”. Panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak-anaknya.

Seminggu kemudian mereka terima surat dari CT yg bertulis “KFC”. Tercari-carilah kedua suami isteri tu iklan KFC, bila jumpa tersenyumlah kedua-duanya bila membaca iklan yang bertulis “HINGGA MENJILAT JARI”. Berbahagialah si CT tu rupanya kata mereka.

Esoknya terima pula surat SERI yang bertulis “PEPSI”. Maka mereka pun carilah iklan Pepsi dan tersenyum lagi keduanya bila membaca iklan yang bertulis “NIKMATNYA HINGGA KE TITISAN TERAKHIR”. Bahagia juga si SERI rupanya.

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat MURNI yang bertulis “STANDARD CHARTERED”. Maka dicarilah iklan Standard Chartered, sambil tersenyum mereka membaca iklan tu “BESAR, TEGUH DAN PERAMAH!”.“Bahagianya si MURNI tu bang,” kata Mak Minah pada Pak Mat.

Seminggu berlalu tapi masih tiada surat atau perkabaran dari SURI. 2 minggu, tak ada juga. Pak Mat dan Mak Minah mula risau dan tertanya-tanya. Masuk minggu ke-3, barulah mereka menerima surat dari SURI dengan isi kandungannya yang bertulis “AIR ASIA”. Maka bergegaslah kedua-duanya mencari iklan penerbangan Air Asia tu, sebab dah tak sabar nak tahu apa yang berlaku pada anak bongsu mereka.Tapi, bila dibaca Mak Minah dan Pak Mat terkulat-kulat tak tau samada nak senyum atau nak nangis.“Bahagia ke si SURI tu bang?” tanya Mak Minah pd Pak Mat.“Ntah…” jawap Pak Mat sambil menerung dan membaca berkali-kali iklan Air Asia tu.“APA MOTTO IKLAN TU” tanya Mak Minah lagi.Dengan selamba dan kuat Pak Mat menjawap “7 KALI SEMINGGU - 3 JAM SEKALI - NON-STOP!!”

Selasa, 27 Januari 2009

Jenayah perang BN


Cuba bayangkan sekiranya benar-benar media perdana dan kerajaan berlaku adil dalam Pilihanraya samada besar atau kecil baru-baru ini di Kuala Terengganu yang Pakatan Rakyat mencapai kemenangan simbolis yang amat besar dengan menewaskan calon Barisan Nasional dengan majoriti dua ribu enam ratus lebih.

Tentu sekali majoriti tersebut mungkin mencecah sepuluh ribu majoriti. Dengan kerajaan menggunakan segala jentera dan kewangan serta sumber hak rakyat sepenuhnya ke arah memastikan kemenangan calon BN seorang, menampakkan ketidak-adilan dan ketidak-berkesanan langsung taktik selama ini.

Kerajaan harus sedar bahawa jenteranya adalah dibayar oleh jutaan rakyat menerusi cukai dan titik peluh mereka. Adalah menyalahi undang-undang dan perlembagaan sekiranya digunakan untuk memelihara satu pihak sahaja tanpa mengambil kira bahawa proses pilihanraya adalah proses rakyat sejagat.

Dalam demam dan perang demokrasi, jentera kerajaan sudah disalahgunakan. Maka ia sudah merupakan satu jenayah perang oleh pemerintah sementara iaitu Barisan Nasional. Mereka harus menjawab tuduhan ini. BN bukanlah tuhan maupun lembaga yang diletakkan disana oleh Allah. Mereka hanya berada disana kerana rintitan sejarah daripada penjajah British meletakkan mereka menerusi satu perancangan rapi sebelum merdeka dengan membuang semua pencabar utama mereka dari kalangan Melayu itu sendiri seperti API, KMM dan ramai lagi tokoh-tokoh hebat lain seperti Dr. Burhanudin Al-Helmy, Ahmad Boestaman, maupun Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh yang dilabelkan sebagai komunis.

Untuk kerajaan membetulkan keadaan ianya boleh dilakukan dari sekarang sementara masa 3 tahun lagi masih ada. Sekiranya ia tidak dibetulkan akan menandakan parah bagi sistem demokrasi tulen dalam negara kita dimana pelbagai spekulasi dan penyakit boleh berlaku.

Kerajaan hanyalah sebuah jentera rakyat sebenarnya dan bukanlah satu lembaga yang kejam dan jauh dari hati rakyat. Ia tidak boleh bersifat draconis dan monstrous atau sejuk dan hitam dimana rakyat perlu takut dan bimbang kepadanya.

Rakyat tidak harus takut kepada Kerajaan. Kerajaan harus takut kepada rakyat.

Obama oh Obama..


Obama! Presiden Amerika Syarikat ke 44 yang baru dilantik. Menjadi pujaan di seluruh dunia. Kenapa? Kerana ramai berharap beliau akan melakukan perubahan untuk keamanan sejagat. Bolehkan kita percaya? Tunggu dulu... Keakraban beliau dengan yahudi (sebagaimana lazimnya presiden Amerika yang terdahulu) menjadikan apa yang dijanjikan mengundang kesangsian apatah lagi kepada orang-orang Islam di seluruh dunia.Apa pun kita tunggu dan lihat, tapi yang pasti setelah melihat gambar di atas, buangkan 90% harapan anda. Hanya berikan 10% sahaja supaya anda tidak kecewa nanti..

Ahad, 18 Januari 2009

Allahhuakhbar,allahuakhbar, allahhuakhbar


Alhamdulillah. Begitulah janji dan ketetapan dari Allah. Kita telah berjaya merampas kerusi Kuala Terengganu. Tahniah diucapkan kepada semua petugas yang telah menjalankan amanah dengan sungguh -sungguh dan ikhlas.

Pengalaman selama tiga hari bermukim di upu permint jaya sungguh menyeronokan dan cukup mematangkan aku dalam ilmu pilihanraya. kami tidak kekok atau canggung untuk berkerja dengan petugas tempatan. Inilah jemaah islam .

Secara peribadinya aku 'tabik' dengan sahabat yang bertugas disana .Abang Zul, Haron , Majid, Amin , Semit, Helmi, Rosli dan ramai lagi, you all memang hebat. Juga sahabat orang tempatan yang baru aku kenal, Hj Md Nor, Pian , Wan mustapa, Jamil (orang sabah) dan ramai lagi , semoga Allah memelihara dan meneruskan persahabatan kita.

Isnin, 12 Januari 2009

Kami akan ke Kuala Terengganu.


Insyaallah, ulautedong akan ke kuala terengganu pada 14 januari dan berterusan hingga hari mengundi. Memang tak sabau rasanya menanti hari tersebut. Lebih lebih lagi calon yang bertanding dari parti pas. Rombongan seramai 20 orang bersedia menggalas arahan parti. Mudah mudahan kami selamat dalam perjalanan juga semasa disana. Bagi pengundi P36 , buatlah pilihan yang tepat dan tentu satu parti yang yakin dengan syariat islam, PAS.

Jumaat, 9 Januari 2009

Asal Kota A Famosa


Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Ketika Portugis mula-mula tiba di Melaka, orang tempatan menggelar mereka ‘Benggali Putih’. Gelaran ini timbul kerana itulah kali pertama penduduk awam Melaka melihat satu bangsa Eropah. Dengan susuk tubuh yang besar tinggi, bertopi dan berjambang, gelaran ‘Benggali Putih’ memang sesuai.



Boleh jadi bangsa Portugis memaklumkan yang mereka ialah ‘Portuguese’ dari negara Portugal. Lidah orang Melayu menyebutnya ‘Peringgi’. Para pendakwah dan pelajar agama yang terdedah kepada bahasa Arab menyebutnya Feringgi (dalam bahasa Arab tidak ada huruf ‘p’)



Teringat saya kisah seorang pelajar Melaka belajar bahasa Arab daripada seorang mubaligh bangsa Arab. Si tok guru memarahi si pelajar kerana gagal menyebut huruf-huruf dan perkataan Arab dengan betul. Maklumlah, lidah Melayu hendak mengikut makhraj Arab, ustaz-ustaz hari ini pun banyak yang tidak mampu mencapai tahap cemerlang. Apatah lagi orang Melaka pada zaman itu.



Kerana tidak tahan dengan karenah gurunya, si pelajar naik angin lalu mencabar si guru menyebut perkataan-perkataan Melayu. Pada mulanya si guru menganggap bahasa Melayu mudah. Malangnya ketika disuruh sebut ‘kucing’ di sebutnya ‘kusying’, ‘kunyit’ disebutnya ‘kunit’ dan ‘nyiru’ disebutnya ‘niru’. Barulah si guru sedar akan keterlanjurannya. Maksudnya, anak murid kenalah diajar beransur-ansur, jangan kira hendak cepat dapat sahaja. Kalau tidak silap saya kisah ini ada dalam Sejarah Melayu.
(* Sejarah Melayu disusun oleh Tun Sri Lanang semasa berdirinya Kerajaan Johor selepas kejatuhan Melaka, dia bukanlah pengarangnya. Siapa pengarang Sejarah Melayu tidaklah diketahui. Begitu juga dengan Hikayat Hang Tuah)



Berbalik kepada isu. Kita tahu di Melaka ada sebuah kota yang kukuh iaitu A Famosa. Ia didirikan oleh Portugis sebaik sahaja berjaya mengundurkan tentera-tentera Melaka dari bumi bertuah itu. Mereka kemudiannya membakar banyak kitab-kitab dan istana. Yang menjadi pertikaian kami, apakah sebelum itu Melaka tidak ada kota sebagaimana kota A Famosa?




Kebanyakan kita faham sebelum wujudnya A Famosa, Melaka tidak ada kubu seperti itu. Kalau ada pun mungkin diperbuat dengan susunan-susunan kayu dan batang pokok sahaja. ‘Kota batu’ tidak ada. Benarkah begitu?



Kami berpendapat Melaka sudah ada kotanya. Kota Melaka itu kemudiannya diperbaiki lagi oleh Portugis. Kedudukan A Famosa sebenarnya memang kedudukan istana Melaka dan persekitarannya. Batu-batu Kota Melaka itu sendirilah yang digunakan Portugis untuk mewujudkan A Famosa, yang jauh lebih kukuh. Tambahan pula, dari mana Portugis hendak mendapatkan sebegitu banyak batu-batan melainkan sudah ada ‘dasarnya’. Batu-batu untuk penambahbaikan kemudiannya dirampas daripada bangunan-bangunan (mungkin juga masjid) dan makam-makam di-Raja yang mereka musnahkan.



Tentera Portugis memang satu bangsa yang zalim dan kejam. Makam-makam dan kubur para pahlawan semua dibongkar. Makam Hang Tuah berjaya diselamatkan apabila orang tempatan menyebutnya Makam Tua untuk mengelirukan Portugis dan para perisiknya daripada bangsa Melayu sendiri. Tapi dalam sejarah Islam juga pernah berlaku hal sama. Pemerintah awal Bani Abbasiah membongkar semula makam-makam utama Bani Umaiyah selepas mereka mendapat kuasa.)



Mustahillah Melaka sebagai sebuah kerajaan yang begitu besar di Asia Tenggara tidak mampu mendirikan kota. Padahal Candi Borobudur binaan batu. Angkor Wat binaan batu. Bukankah sering disebut ‘Kota Melaka’? Apakah ini hanya menggambarkan sebuah bandar, ataupun memang ada sebuah kota batu di sana?


Kalau roboh Kota Melaka,
Papan di Jawa hamba dirikan,
Kalau sungguh bagai di kata,
Badan dan nyawa hamba serahkan.


Saya terfikir pantun ini. Pantun ini biasa kita dengar. Ia mungkin pantun baru tetapi ada memberikan ‘sedikit’ gambaran tentang kewujudan ‘kota’ di Melaka. Wallahualam.



Saya juga terfikir, bagaimanalah Portugis membina A Famosa? Siapa yang mengangkut batu-batu besar tersebut? Mustahil Portugis melakukannya sendirian dalam suasana Perang Tiga Segi dengan Johor dan Acheh. Berapa lama ia disiapkan? Sebelum ia disiapkan, di mana Portugis berkubu? Mustahil Portugis berkhemah di tengah-tengah Melaka melainkan memang telah ada sebuah kubu yang dapat melindungi mereka. Tapi, mengapa perihal Kota Melaka ini tidak disentuh secara langsung dalam karya-karya yang sampai kepada kita hari ini? Mengapa hanya A Famosa yang dikenang-kenang?



A Famosa sangat kukuh. Bedilan meriam tidak mampu memecahkannya. Dalam Hikayat Abdullah kalau tidak salah saya, Munsyi Abdullah menulis bagaimana susahnya kota ini hendak dimusnahkan oleh pihak Inggeris selepas mereka memperolehinya melalui Perjanjian Inggeris- Belanda 1824. Pelbagai cara digunakan namun kekebalan A Famosa sukar digugat. Hinggalah akhirnya pihak Inggeris menanam bahan letupan yang kuat di bahagian bawah setiap dinding dan meletupkannya, barulah batu-batu itu tercabut, melambung dan pecah. Yang tinggal hanyalah pintu gerbangnya saja sebagaimana hari ini. Mengapa Inggeris sengaja memecahkannya?........)

Selasa, 6 Januari 2009

Ahad, 4 Januari 2009

Tentera laknat Israel bersiap menyerang Gaza


BANDAR GAZA - Serangan udara terbaru rejim Zionis semalam meragut nyawa seorang lagi pemimpin pergerakan Hamas manakala sebuah sekolah turut musnah.

Kematian Mohammad al-Jammal, 40, yang bertugas sebagai pemerintah tentera Hamas merupakan satu kehilangan kepada pergerakan itu selepas kematian Nizar Rayan akibat satu bedilan Israel Khamis lalu.

Tindakan agresif Israel yang mendapat restu Amerika Syarikat (AS) itu memasuki minggu kedua semalam dengan angka kematian mencecah lebih 440 orang.

Pasukan 10,000 anggota tentera darat Israel bersama sejumlah kereta kebal dan artileri kini berada di sempadan dalam keadaan bersiap sedia untuk memasuki wilayah Gaza pada bila-bila masa, lapor media di Tel Aviv.

Pemimpin Hamas dalam buangan di Damsyik, Syria, Khaled Meshaal memberi amaran kepada Israel bahawa Yahudi berhadapan malapetaka jika menceroboh Gaza.

Namun Khaled menyatakan, Hamas bersedia berkerjasama jika Israel menamatkan serangan, menarik balik sekatan dan membuka semula pintu sempadan.

Sehingga kini lebih 750 serangan peluru berpandu memusnahkan banyak bangunan di Gaza termasuk 30 serangan udara semalam.

Israel menyatakan pesawat pejuangnya membedil sebuah kolej kerana ia dipercayai menjadi tapak pelancaran roket.

Masyarakat antarabangsa terus mengutuk serangan kejam Israel dengan menyifatkannya sebagai krisis kemanusiaan setelah lebih 2,290 cedera manakala 75 kanak-kanak turut mati.

Di Washington, Presiden AS, George W. Bush mendakwa Hamas bersalah dalam serangan tersebut.

Wilayah Gaza yang dikelilingi tembok konkrit setinggi lapan meter dikuasai pergerakan Hamas setelah parti Fatah pimpinan Presiden Palestin Mahmoud Abbas diusir dalam satu persengketaan pada Julai 2007.

Berikutan itu Fatah terpaksa membentuk kerajaan di Tebing Barat sekali gus meletakkan Gaza dalam sekatan Israel dan Mesir.

sembur : Ya Allah selamatkanlah saudara kami dan hancurkan musuh kami.

Sabtu, 3 Januari 2009

Selamat kembali ke sekolah


Sesi persekolahan bagi 2009 akan bermula. Pelbagai persiapan telah pun disediakan mengikut kemampuan masing - masing. Begitu juga bagi putera dan puteri ulautedong yang comel. Baihaqi akan memasuki darjah dua sementara Nafisah akan ke Pasti. Selamat belajau dan semoga kejayaan sentiasa bersama mu.

Jumaat, 2 Januari 2009

Komentar debat Husam -Khairi-Malaysiakini


Aku tersentak ketika mendengar cabaran Khairi kepada Husam berkenaan perlaksanaan Hukum Hudud sekiranya berjaya mengambil alih pemerintahan dari BN.

Bagi Khairi ini adalah peluangnya untuk menjadikan modal politik khususnya bagi menakutkan pengundi bukan melayu.

Tetapi sebagai orang Islam, aku tertanya-tanya khairi ni sebenarnya beragama apa sehinggakan cara dia mencabar husam seolah-olah dia malu dengan undang-undang agamanya sendiri?

Kenapa dia tindak berbangga dengan hukum Islam yang pernah memerintah 1/3 daratan yang terbentang luas di atas muka bumi ini?

Masih tidak cukup kah puluhan ribu anak luar nikah yang lahir di Malaysia ini menyebabkan dia masih tidak sedar undang-undang yang ada pada hari ini masih tidak mampu menangani masalah sosial di negara kita?

Sebagai orang Islam aku menasihati khairi segera bertaubat dan menyesali fikrah dan tanggapan serong terhadap hukum Islam yang dianuti olehnya dan sebahagian besar pengikut UMNO pada hari ini.



Satu perkara lagi yang aku bengang dengan sikap penonton yang terpekik pekik ketika panelis berhujah. Tunjukanlah adab, kematangan dan keterbukaan berpolitik. Lagi teruk ada yang bersorak ketika Khairi membaca ayat al quran semasa mukadimah ucapannya (apa ni ???)



Akhirnya aku nak tabik juga pada Khairi kerana berani menyahut cabaran debat ini.Tak kiralah apa niat dihati. Dari sudut positifnya, wacana seperti ini perlu diperbanyakan dan diterbukakan. Barulah kita dapat menilai ketokohan seorang pemimpin. Dan sekali gus mengangkat status ahli ahli Yang Berhormat kita ketahap 'world class'.

Khamis, 1 Januari 2009

Umno dah dimuziumkan-Malaysiakini


Kata seorang pemimpin umno, parti itu telah pun mengalami sakit tua. Kita boleh saja membuat berbagai andaian maksud dari kata kata tersebut.Biasalah orang dah tua, kurang ingatan , nyanyuk, lemah jantung atau juga lemah tenaga batin. Yang pasti tentunyalah tak hensem lagi(memang tak hensem pun). Dah lebih 60th sepatutnya banyakan taubat, kubur pun dah memanggil manggil.

Ada juga yang sinis, ahli umno sekarang ni sebagai spesis akhir. Jadi untuk tidak menafikan keadaan ini, kerajaan umno yang memerintah melaka telah mengambil langkah awal bagi tatapan generasi akan datang. Bimbang kot,nanti cucu cicit ingat umno tu tuala wanita ke,tisu tandas ke. Maka diabadikanlah dalam satu muzium.

Ulautedong bukanlah nak jadi busy body menjaga hal hal umno. Sekadar renungan dan perhatian sepatutnya calon timbalan presiden umno dari melaka dikenakan tindakan disiplin parti kerana secara jelas telah menyindir partinya sendiri.