Jumaat, 31 Oktober 2008

Azan 24 jam..

 Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini. Subhanallah. .. Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'

Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.
Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di-Malaysia.

Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas
Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.

Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.

Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di-Afghanistan dan Muscat.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur
Atlantik.

Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke
pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.

Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!

Khairy jatuh ke tempat ketiga - Malaysiakini

Pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda Umno kini menyaksikan Khairy Jamaluddin merosot ke tempat ketiga selepas ibupejabat Umno pusat membatalkan keputusan mesyuarat ketua Pemuda Gua Musang pada 25 Oktober lalu yang mencalonkan ahli Parlimen Rembau itu untuk jawatan tersebut.

Sebaliknya, ibupejabat Umno pusat mengiktiraf mesyuarat pertama Pemuda bahagian tersebut, yang diadakan dua hari sebelumnya pada 23 Oktober - yang mencalonkan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo untuk jawatan ketua Pemuda Umno pusat.

khairy jamaluddinDengan itu,jumlah pencalonan yang diperolehi oleh Khairy sehingga ini kurang satu - kepada 47 - di belakang Datuk Dr Mohd Khir Toyo yang mengumpul 48 pencalonan.

Manakala ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir masih mendahului dengan 70 pencalonan sehingga ini.

Sehingga ini sebanyak 165 bahagian Pemuda telah mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing.

bm version umno youth 2009 nominations update 12 12 pm 311008Baki 26 bahagian Pemuda lagi akan mengadakan mesyuarat masing-masing hujung minggu ini serta minggu terakhir pada 8 dan 9 November depan.

Ekoran keputusan ibupejabat Umno itu, Bazlan Baharuddin mendapat semula jawatannya sebagai ketua Pemuda Gua Musang.

Dalam mesyuarat pertama itu, Bazlan dipilih semula menerajui pergerakan tersebut. Bagaimanapun, dua hari kemudiannya, Pemuda bahagian mengadakan mesyuarat keduanya, yang memilih Mohd Azizi Abu Naim sebagai ketua Pemuda.

Sabtu lalu, ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, mesyuarat pertama dibatalkan kerana tidak mematuhi arahan yang diputuskan di peringkat bahagian.

Tengku Razaleigh berkata pembatalan mesyuarat itu bukan diputuskan oleh beliau, tetapi oleh Ibu Pejabat Umno.

Bagaimanapun, pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata, beliau menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Umno semalam yang memaklumkan bahawa mesyuarat yang dipengerusikan Bazlan adalah sah dan tidak terbatal sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.

Mesyuarat itu berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Gua Musang dan dihadiri oleh 189 perwakilan daripada 79 cawangan dan turut dihadiri wakil Pemuda Umno negeri.Mesyuarat pertama itu juga turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk jawatan naib ketua.

Manakala mesyuarat mencalonkan Khairy Jamaluddin sebagai ketua Pemuda manakala ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim dicalonkan sebagai naib ketua.

sembur sikit : nasib kau le khairy..

Khamis, 30 Oktober 2008

Alor Gajah, PJU diarah pilih semula ketua bahagian...malaysiakini

Umno Selangor telah mengarahkan bahagian Petaling Jaya Utara (PJU) mengadakan semula pemilihan ketua bahagian tersebut, selepas kedua-dua calon yang bertanding mendapat undi yang sama banyak.Dalam mesyuaratnya Ahad lalu, penyandang jawatan tersebut, Datuk Ikhwan Salim Abu Sujak dan pencabarnya Datuk Zainuddin Abdul Rahman masing-masing mendapat 124 undi.

Ikhwan Salim menyandang jawatan ketua Umno bahagian Petaling Jaya Utara sejak dua penggal lalu, manakala Zainuddin merupakan ahli biasa cawangan.Ketika dihubungi hari ini, Ikhwan Salim berkata, pihaknya sedang mengatur tarikh untuk mengadakan semula mesyuarat bahagian PJU."Kami sedang melihat tarikh yang sesuai untuk mengadakannya tetapi akan dibuat sebelum tarikh akhir 9 November depan," katanya.

Sementara itu difahamkan , mesyuarat untuk memilih ketua bahagian akan diadakan pada 5 November depan.Bahagian PJU mencalonkan Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk jawatan presiden Umno dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib bagi jawatan timbalan presiden.Bagi naib presiden pula, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Syed Hamid Albar dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Umno bahagian Alor Gajah akan mengadakan semula pemilihan ketua bahagian tersebut pada 1 November ini.Arahan tersebut dibuat oleh Umno Melaka kerana mesyuarat pada 19 Oktober lalu, menghadapi masalah teknikal.

Dalam mesyuarat itu, keputusan pengundian untuk jawatan ketua bahagian tidak dapat diumum oleh jawatankuasa pemilihan, kerana lebihan kertas undi berbanding dengan jumlah perwakilan.Dalam pemilihan tersebut, exco negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek, Datuk Ghafaar Atan ditentang oleh bekas Adun Durian Tunggal, Datuk Abdul Kadir Daud.

Abdul Kadir yang dihubungi berkata, terdapat lebihan tiga kertas undi bagi jawatan ketua bahagian. Jawatankuasa pemilihan mendapati terdapat 398 kertas undi berbanding 395 jumlah perwakilan yang mengundi."Mungkin ada perbuatan sabotaj...tetapi biarlah perwakilan yang menentukan jawatan ketua bahagian Alor Gajah.

"Namun berdasarkan mood perwakilan dalam mesyuarat 19 Oktober lalu, saya mempunyai peluang cerah menang jawatan ketua bahagian," katanya.Alor Gajah mencalonkan Najib untuk jawatan presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (timbalan). Bagi jawatan naib presiden, bahagian tersebut mencalonkan Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

sembur sikit : apalagi nak kata dengan spesis umno ni , sama dia pun nak tipu...kalau dengan pembangkang tentu lebih lagi

Penduduk resah harga barang di Melaka tinggi - Malaysiakini

MELAKA 29 Okt. - Para pengguna di bandar ini kecewa dengan harga kebanyakan barangan di pasar raya besar di negeri ini yang masih kekal tinggi walaupun kerajaan telah menurunkan harga minyak tiga kali.Rata-rata mereka yang ditemui Utusan Malaysia di sini berpendapat, sewajarnya pengumuman harga minyak baru perlu disusuli dengan pengurangan harga barang terutamanya keperluan harian.


Menurut mereka, ini kerana semasa harga minyak dinaikkan pada Jun lalu, ramai peniaga dan pengusaha menjadikannya sebagai alasan untuk menaikkan harga barangan tetapi tidak menurunkannya semula ketika harga minyak turun.Seorang surirumah, Zaitun Mohamad, 53, berkata, memang terdapat promosi terutamanya di pasar raya besar mengatakan harga mereka sudah diturunkan, tetapi tidak secara menyeluruh.

''Memang ada promosi, tapi harga barang keperluan utama seperti beras masih sama dan kalau murah pun ialah produk keluaran pasar raya itu sendiri.''Buktinya, sebelum ini perbelanjaan dapur saya sekitar RM250 sebulan tetapi meningkat kepada hampir RM400 sejak harga minyak naik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Sally Fong, 36, pula berkata, harga barang seperti beras, minyak masak dan tepung perlu sejajar dengan penurunan harga minyak.


''Kalau harga masih kekal begini, susahlah sedangkan harga minyak sudah tiga kali turun. Tidak adil apabila harga minyak naik, cepat sahaja harga barang naik, tetapi bila harga minyak turun, harga barang tetap sama malah ada yang semakin melambung tinggi," katanya.Amiruddin Zainal Abidin, 35, turut meminta pasar raya besar menurunkan harga barang seiring dengan penurunan harga minyak untuk meringankan beban rakyat.


''Bila harga barang tinggi, kesannya amat dirasai terutamanya kepada rakyat berpendapatan rendah. ''Saya harap pasar raya-pasar raya akan meneruskan 'perang' menurunkan harga barang demi menjaga kepuasan pelanggan mereka," katanya.Surirumah,Halimah Saad, 33, berkata, dia mendapati tidak berlaku penurunan harga barang di Melaka walaupun harga minyak telah diturunkan.


''Saya rasa sama sahaja, kalau dulu saya berhabis sekitar RM200 untuk beli keperluan, sekarang pun sama sahaja malah saya tengok ada juga beberapa jenis barang yang harganya lebih mahal," katanya.

Sembur sikit : kite hendaklah bersyukur kerana harga barang keperluan masih murah jika dibandingkan dengan singapura , US, UK, dan beberapa negara eropah

Baitul Muslim jadi ejen cari jodoh 70,000 ibu tunggal ...Kosmo

KOTA BHARU - Kelantan mengalu-alukan sebarang cadangan dalam usaha merangka pendekatan membantu menjodohkan ibu tunggal yang begitu ramai di negeri itu, malah dianggarkan mencecah 70,000 orang bagi membolehkan mereka memulakan kehidupan baru.

Majoriti daripada mereka berusia dalam lingkungan 30-an hingga 60-an dan bersedia untuk kembali bertemu jodoh.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, tugas sebagai ejen mencari jodoh itu diserahkan kepada Baitul Muslim yang digerakkan oleh badan bukan kerajaan.

"Sebelum ini, Baitul Muslim hanya berperanan membantu menjodohkan pasangan muda yang kurang berkemampuan, kini kita akan perluaskan peranan ini dengan membantu ibu-ibu tunggal pula,'' ujar beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas penggulungannya semasa sesi perbahasan Bajet 2009 sidang dewan Undangan Negeri Kelantan di sini semalam.

Katanya, fokus turut diberikan kepada wanita yang tergolong dalam kemiskinan tegar tanpa mengira bilangan anak.

"Jumlah sebenar ibu tunggal mungkin mencecah 100,000 orang, ini mungkin satu angka yang tinggi berbanding negeri lain,'' katanya.

Wan Nor Azlin tuntut nafkah




PETALING JAYA 29 Ogos - Selepas hampir empat bulan ditinggalkan tanpa sebarang berita, pelakon Wan Nor Azlin Wan Mohd. Husain (gambar) hari ini tampil memfailkan tuntutan nafkah sara diri dan anak-anak daripada suaminya, Mohd. Yazli Yaacob.

Wan Nor Azlin selaku plaintif hadir diwakili peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan di Mahkamah Rendah Syariah di sini untuk proses tersebut pada kira-kira pukul 3.10 minit petang.

Dalam pernyataan tuntutannya, Wan Nor Azlin meminta dibayar RM5,000 untuk perbelanjaan peribadi, RM2,000 untuk perbelanjaan rumahtangga, RM1,000 untuk Amanah Saham Bumiputera dan RM500 untuk bayaran insurans peribadi bulanannya.

Plaintif juga menuntut Mohd. Yazli menjelaskan tunggakan pinjaman rumah sebanyak RM122,892, ansuran rumah RM3,500, ansuran kereta kereta RM1,686, penyelenggaraan dua rumah di Damansara Indah Resort Homes dan Damansara Impian serta bil-bil semasa sebanyak RM500 pada setiap bulan.

Dalam pernyataan tuntutan itu juga, Wan Nor Azlin, 40, mendakwa Mohd. Yazli, 38, sering mengabaikan nafkah untuk dirinya dan tiga anak mereka, Danial Luqman, 8, Danny Iskandar, 7 dan Dania Camelia, 4.

Dakwanya, Mohd. Yazli juga sering meninggalkan beliau dan anak-anak yang mana kali pertama berlaku pada tahun 2001 apabila defendan menghilang diri selama 40 hari, selama dua tahun pada 2005 dan terkini sejak 10 Julai lalu.

Sembur sikit : dulu nak kahwin kecoh gak (syyyyyyyyy....) dah kahwin pun kecoh gak...sabau je lah..

Rabu, 29 Oktober 2008

Sultan Abd Hamid 2... Derita dalam buangan

 Tidak dapat dibayangkan bagaimana sedih dan kecewanya sultan terakhir Daulah Uthmaniyah Turki, Sultan Abd Hamid II menghadapi saat-saat genting ketika diturunkan dari takhtanya oleh rejim sekular Mustafa Kemal Ataturk dan kemudian beliau diasingkan dengan hinanya ke Salonika (Yunani).

Beberapa waktu kemudian Sultan Abd Hamid dipindahkan pula ke istana tua Belarbe, Istanbul, bukan sebagai raja yang kembali berkuasa, tetapi sebagai tahanan dalam istana hingga wafat pada 10 Februari 1918 dalam keadaan sepi dan kecewa pada ketika negaranya, Turki bertukar pemerintahan dari Daulah Uthmaniah yang beribu negara di Istanbul kepada pemerintahan perwakilan yang membentuk parlimen di Ankara di mana Ataturk mengisytiharkan dirinya sebagai presiden republik Turki.

Maka lenyaplah kuasa Daulah Uthmaniyah pada 1924. Sultan Abd Hamid II adalah pemerintah Daulah Islamiyah dari generasi yang ke-27.

Ketika merenung laut Marmara yang membiru, tidak jauh dari Dolmabance, salah sebuah istana lama Sultan Abd Hamid di Istanbul pada suatu pagi beberapa waktu lalu, saya teringat catatat hariannya yang telah dibukukan di mana menceritakan detik-detik akhir kejatuhannya dengan sangat pedih dan getir. Iaitu kisah bagaimana ia dibuang negeri ke Salonika bersama putera puterinya, diasingkan di istana tua, dihina dan beberapa kali percubaan membunuhnya oleh ejen tentera Ataturk.

Catatan hariannya itu, antara lain menyebutkan bahawa penggulingan kerajaan Uthmaniah adalah disebabkan:

* Konspirasi jahat dari negara kafir – Inggeris, Perancis, Itali, Prusia, Rusia dan lain-lain yang menghendaki hancurnya Daulah Uthmaniah.

* Pecah belah yang ditaja oleh negara Barat melalui nasionalisme yang mengakibatkan negara Balkan seperti Serbia, Montenegro, Bosnia Herzegovena, Crosia, Kosovo, Bulgaria, Hungary, Rumania, Albania, termasuk Yunani, membebaskan diri dari ikatan Daulah Uthmaniah. Begitu juga perbuatan negara Arab – Mesir, Hejaz, dan Nejd, Lebanon juga keluar dari Daulah Uthmaniah kerana dihasut oleh Inggeris.

* Tentangan dari organisasi massa seperti Turki Muda, Persatuan dan Kemajuan, dan orgaisasi wanita yang menuntut kebebasan dan hak sama, yang didukung oleh negara asing, semuanya untuk menghancurkan Daulah Uthmaniah.

* Kekuatan Yahudi dan Freemason yang mahu mendirikan negara Yahudi di Al-Quds (Palestin).

Dari catatan harian Sultan Abd Hamid II ini, kita boleh mendapat pelajaran sejarah yag amat berharga, terutamanya detik-detik akhir kehidupan seorang khalifah.

Semasa dalam tahanan di istana tua itu, Sultan Abd Hamid dan keluarganya dihina denga amat sangat oleh para pengawal tentera. Mereka tidak dibenarkan membaca akhbar dan mendengar radio, diberi makanan sekadarnya, tidak dibenarkan keluar istana. Bahkan berlaku suatu peristiwa jahat para pegawai tentera yang menjaganya. Pada suatu malam Aidiladha, askar yang mengawal cuba melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap puteri Sultan, bernama Sydiyah.

Tentera pegawal itu menimbulkan perkhabaran bahawa mereka merancang akan meletakkan gas di bawah kamar puteri Sydiyah dan ketika istana itu terbakar, puteri sultan itu akan lari mendapatkan askar yang berkawal untuk meminta perlindungan. Di situlah dirancangkan perbuatan tidak senonoh terhadap puteri Sydiyah dan akan dihebahkan kepada akhbar di Istanbul untuk memalukan sultan dan keluarganya. Namun perancangan itu gagal.

cubaan membunuh

Catatan harian Sultan Abd Hamid itu menyebutkan peristiwa percubaan askar pengawal untuk membunuhnya di istana tua tempat ia dikurung. Ini berlaku, menurut pembantu khas Sultan, Ali Said Bek, ketika Sultan Abd Hamid pergi bersolat Jumaat di kota Istanbul. Selepas solat beliau menaiki kenderaan untuk pulang ke istana. Di tengah jalan beliau bertemu dengan Syeikhul Islam Jamaluddin Afandi dan berbincang panjang mengenai pelbagai masalah Turki.

Akhirnya Sultan terlambat pulang ke istana dan ini menyelamatkannya dari menjadi korban ledakan bom yang dirancang diletakkan di istana untuk membunuhnya ketika pulang dari solat Jumaat. Ledakan bom oleh orang Armenia itu sangat dahsyat. Bangunan tempat Sultan tinggal telah terbakar, banyak mangsa yang hangus dan berjatuhan, serpihan kaca bertaburan.

Sultan Abd Hamid waktu itu dalam perjalaan pulang ke istana dan amat terkejut dengan peristiwa itu.

Beliau menceritakan bahawa sama ada ketika dalam pembuangan di Salonika atau di istana tua di Istanbul, beliau dan keluarganya tidak dibenarkan keluar, malah ke perkarangan istana kecuali untuk solat Jumaat di luar istana. Makanan beliau dan putera puterinya dicatu, sementara mutu makanan juga sangat rendah, seluruh hartanya pula dirampas oleh tentera Ataturk.

Hari-hari yang dilalui oleh Sultan Abd Hamid dalam buangan dan pengasingan sangat menyedihkan. Ia dan keluarganya sentiasa diancam akan dibunuh, istana tua itu akan diletupkan. Dan sangat malang, kata catatan Sultan Abd Hamid lagi, bahawa ada di kalangan pegawai kerajaan baru Turki yang khianat kepada negara, seperti Mahmud Syaukat Pasha dan beberapa orang lagi yang telah menjadi orang suruhan Yahudi dan Freemason serta British.

Pada suatu pagi selepas solat Subuh, Sultan memanggil puteranya, Abdul Rahman. Dialah waris terpenting selepas ketiadaan Sultan. Kepada Abd Rahman, Sultan memberitahu dengan nada sedih bahawa: “Kita akan memberikan semua harta kita kepada pihak tentera kerana tentera memaksa kita menyerahkannya.”

Puteranya itu menangis teresak-esak. Dia menjadi amat takut dengan para tentera yang ganas itu. Beberapa hari berikutnya di lobi Deutche Bank, di Istanbul, berlaku upacara penyerahan secara paksa semua harta, termasuk wang Sultan Abd Hamid kepada pihak berkuasa tentera. Putera puteri Sultan tidak dibenarkan menyaksikan upacara itu. Putera kelima Sultan, Abied cuba juga untuk melihat upacara penyerahan harta ayahandanya itu tetapi dihalang oleh para pegawai tentera dan bank.

tidak benarkan Yahudi beli tanah Arab

Sikap tegas Sultan Abd Hamid terhadap Yahudi dan Inggeris menyebabkan dua pihak itu memusuhinya. Sultan Abd Hamid tidak membenarkan tanah orang Arab Palestin dijual kepada Yahudi. Menurut catatan seorang ahli sejarah Turki, Jamal Quthaiy bahawa setelah persidangan zionisme ke tiga di Zurich pada tahun 1896, wakil Yahudi, Immanuel Krusow, telah mencadangkan kepada Sultan Abd Hamid supaya menjual tanah pertaniannya di Palestin (ketika itu Palestin di bawah riayah Turki) kepada Yahudi. Namun permintaan Yahudi itu ditolak oleh Sultan Abd Hamid menyebabkan Yahudi sangat marah.Ini menyebabkan wakil Yahudi itu berikrar untuk datang lagi dan akan berusaha menghancurkan pemerintahan Uthmaniah.

Ada beberapa orang pegawai kerajaan Ataturk seperti Ali Mohsen Bek, yang menunjukkan simpati dan membantu Sultan Abd Hamid menulis memoirnya di istana. Tetapi setelah pihak atasan mengetahui hal ini lalu mereka dipenjarakan. Lebih malang lagi usaha Sultan menulis memoirnya dianggap sebagai perbuata jenayah oleh tentera.

Ada sesetengah pemimpin negara Arab menganggap Sultan Abd Hamid II sebagai seorang diktator ketika memerintah Turki. Ini akibat hasutan Barat, khususnya British dan Yahudi. Namun bagi rakyat Palestin, Sultan Abd Hamid sangat besar jasanya kerana Khilafah Uthmaniah Turki itu melindungi kepentingan rakyat Palestin. Sementara kebanyakan umat Islam hingga kini, masih mengenang jasa kerajaan Uthmaniah melindungi Islam.

"

Isnin, 27 Oktober 2008

Khalifah Umar Abd Aziz yang agong -Malaysiakini

Biodata Ringkas

Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam
Nama Ibu : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab
Tahun Lahir : 61H
Umur : 39 tahun
Tarikh Wafat : 101H
Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah
Tarikh Lantikan : Safar 99H @ 717M
Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan

Pendidikan

Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.

Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah bte Abdul Malik (sepupunya)

Sifat-Sifat Peribadi

Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.

Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.

Pada suatu hari beliau berkhutbah yang mana antara isinya adalah seperti berikut :

"Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah."

"Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya"

"Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat."

"Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin".

"Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya."

"Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya : "Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga" Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang"

Terdapat banyak riwayat dan athar para sahabat yang menceritakan tentang keluruhan budinya. Di antaranya ialah :

1) At-Tirmizi meriwayatkan bahawa Umar Al-Khatab telah berkata : "Dari anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya dan akan memenuhkan dunia dengan keadilan"

2) Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik telah berkata : "Aku tidak pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana solat imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah"

3) Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan telah berkata : "Aku telah beberapa kali mendengar suara datang dalam mimpiku yang berbunyi : "Jika seorang yang berani dari Bani Marwan dilantik menjadi Khalifah, maka berilah baiah kepadanya kerana dia adalah pemimpin yang adil"." Lalu aku menanti-nanti sehinggalah Umar b. Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi baiah kepadanya".

4) Qais bin Jabir berkata : "Perbandingan Umar b Abdul Aziz di sisi Bani Ummaiyyah seperti orang yang beriman di kalangan keluarga Firaun"

5) Hassan al-Qishab telah berkata :"Aku melihat serigala diternak bersama dengan sekumpulan kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz"

6) Umar b Asid telah berkata :"Demi Allah, Umar Ibnu Aziz tidak meninggal dunia sehingga datang seorang lelaki dengan harta yang bertimbun dan lelaki tersebut berkata kepada orang ramai :"Ambillah hartaku ini sebanyak mana yang kamu mahu". Tetapi tiada yang mahu menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan sesungguhnya Umar telah menjadikan rakyatnya kaya-raya"

7) 'Atha' telah berkata : "Umar Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha' setiap malam. Mereka saling ingat memperingati di antara satu sama lain tentang mati dan hari qiamat, kemudian mereka sama-sama menangis kerana takut kepada azab Allah seolah-olah ada jenayah di antara mereka."

Umar Ibnu Aziz Sebagai Khalifah

Beliau dilantik menjadi Khalifah stelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman atas wasiat khalifah tersebut. Setelah mengambilalih tampuk pemerintahan, beliau telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem fuedal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :

1) menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran

2) merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal

3) memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah

4) menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.

Selain daripada itu, beliau amat mengambilberat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.

Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa' Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW.

Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.

Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.

Khalifah Umar b Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab ! yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya.....

Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan

2 tahun 5 bulan satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah pemerintahan....

Tetapi Khalifah Umar b Abdul Aziz telah membuktikan sebaliknya. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat........kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri..

Semua ini adalah jasa Khalifah Umar b Abdul Aziz yang sangat masyhur, adil dan warak yang wajar menjadi contoh kepada pemerintahan zaman moden ini....hanya 852 hari dapat mengubah sistem pemerintahan ke arah pemerintahan yang diredahi Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman..satu rekod yang sukar diikuti oleh orang lain melainkan orang yang benar-benar ikhlas.....!!!

Hikayat Kamal Artartuk yang kufur

SEJARAH KAMAL ATARTUK

Mustafa Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam -Turki pada tahun 1343H (1924M).

Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan belaiu ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. . Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi’bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:

‘Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.’

Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M):

Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel.Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.

Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Disini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengigatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.

Di antara perkara-perkara besar yang dilakukan selain daripada menghapuskan sistem khalifah Islamiah ialah:

a) Menandatangani Perjanjian Luzan

Pada awal abad ke-20 masihi, Mustafa Kamal Atartuk menandatangani satu perjanjian dengan Inggeris dan kuasa bersekutu barat. Dalam perjanjian tersebut, terdapat empat syarat penting yang perlu di patuhi oleh beliau iaitu:
Sistem Khalifah Islamiah mesti dihapuskan

Mengeluarkan atau menghapus sesiapa sahaja penyokong Khalifah dan pejuang Islam dari bumi Turki
Mengguna pakai perlembagaan Turki baru (yang sekular) sebagai ganti kepada perlembagaan Turki lama (yang mengikut syariat Islam).
Jika dilihat kepada syarat-syarat perjanjian di atas jelas sekali beliau adalah anti ajaran Islam. Beliau cuba menghapuskan system Khalifah Islamiah dan tidak mahu melaksanakan syariat Islam dalam urusan pemerintahan Negara dan sekaligus mahu melaksanakan system pemerintahan secular ciptaan barat Kristian.

b) Menukar Peraturan Syariat Islam Dengan Undang-undang Barat

Setelah berkuasa, Mustafa Kamal menukar undang-undang syariat Islam dengan undang-undang Barat sedikit demi sedikit, iaitu di ambil undang-undang sivil dari Switzerland, undang-undang jinayah dari Itali, undang-undang perundangan dari Jerman dan lain-lain lagi. Apa yang dilakukan adalah satu usaha kearah mahu melaksanakan kehendak perjanjian Luzan dan bagi menghalang syariat Islam dari dilaksanakan di dalam system pemerintahan Turki.

c) Memisah Dan Mengasingkan Urusan Agama Dengan Politik Dan Negara

Mustafa Kamal merupakan seorang pemimpin Negara Islam pertama yang melakukan pemisahan antara agama dan politik. Bagi menjayakan pemisahan itu, beliau ada menyebut “Tidak ada politik dalam agama dan tidak ada agama dalam politik” Ini bererti beliau telah menerima dan malaksanakan fahaman sekular yang di ambil dari barat dalam sistem pemerintahnya. Sistem itu memang bercanggah dengan ajaran Islam. Islam satu-satunya agama yang lengkap dan sempurna, ajarannya melipuli segala urusan hidup manusia di dunia dan akhirat. Ajarannya meliputi perkara-perkara akidah, syariat dan akhlak. Ajaran Islam tidak ada pemisahan antara agama dan politik Nabi S.A.W, para sahabat, para ulama dan lain-lain lagi. Semuanya menghayati keseluruhan ajaran agama yang merangkumi ketiga-tiga perkara pokok diatas. Mereka juga kuat beribadat, berpolitik, berniaga, belajar, bersukan dan lain-lain lagi.
d) Azan Dalam Bahasa Turki

Setelah Mustafa Kamal Atartuk berkuasa di Turkin, beliau mengeluarkan perintah kapada semua rakyat Turki Islam supaya azan dilakukan dalam bahasa Turki, iaitu ditukar azan dari bahasa Arab kepada bahasa Turki. Sedangkan azan disyariatkan oleh Rasullah S.A.W dalam bahasa Arab sebagaimana yang kita ketahui. Syariat ini berjalan semenjak dahulu sampai sekarang dan seterusnya sampai ke hari kiamat. Azan tidak boleh digunakan dalam bahasa lain selain bahasa Arab. Walaupun begitu Mustafa memaksa rakyat melakukan azan dalam bahasa Turki. Namun begitu dibeberapa tempat pedalaman umat Islam yang yakin kepada Islam tetap melakukan azan dalam bahasa Arab secara senyap-senyap bagi mengelak dari di ketahui oleh pihak berkuasa.

e) Al-Quran Dicetak Dalam Bahasa Turki

Bukan sahaja azan dipaksa supaya dilakukan dalam bahasa Turki, bahkan dipaksa supaya al-Quran dicetak dalam bahasa Turki dengan mengguna tulisan rumi. Beliau tidak mahu al-Quran ditulis dan dicetak dalam bahasa Arab sebagaimana ia diturunkan. Tindakan beliau ini merupakan satu jenayah besar dilakukan oleh beliau. Ulama Islam dahulu dan sekarang sepakat mengharamkan al-Quran ditulis dalam tulisan selain bahasa Arab.

f) Memaksa Perempuan Membuka Atau Mendedahkan Aurat.

Bagi membaratkan muslimat Turki dan menjauhkan mereka dari ajaran Islam yang sebenar, Mustafa Kamal memaksa mereka membuka hijab, mendedahkan aurat, mendedahkan kepala dan menggalakkan memakai pakaian ala wanita barat. Manakala kaum lelaki dilarang memakai tarbus dan dipaksa memakai topi keras seperti yang dipakai oleh orang barat Kristian. Dengan lama kelamaan rakyat Turki terus memakai pakaian seperti itu sehingga mereka seolah-olah oran barat.
g) Ditukar Hari Cuti Umum Kepada Hari Ahad

Kalau sebelum itu seluruh Negara Islam menjadikan cuti umum pada hari Jumaat, Mustafa Kamal merupakan pemimpin Islam pertama yang menukarkan cuti tersebut kepada hari Ahad sama seperti cuti di negeri-negeri barat Kristian. Perubahan yang dilakukan ini jelas kepada kita bahawa beliau ingin mengikut barat dan anti Islam. Itu adanya agenda beliau yang tersendiri yang sedikit sebanyak cuba menarik umat Islam Turki meniru gaya barat. Selain itu beliau juga menukar kalendar tahun Hijrah kepada kelendar tahun Masihi seperti yang diamalkan di barat. Kemudian lama-kelamaan umat Islam Turki lupa tahun Hijrah dan lupa cuti umum hari Jumaat. Akhirnya mereka lebih mesra dengan mengguna cuti hari Ahad dan mengikut kalendar tahun Masihi sehingga ke hari ini.

Demikianlah sedikit sebanyak perkara-perkara negatif yang dilakukan oleh Mustafa Kamal Atartuk sewaktu berkuasa memerintah Turki. Perubahan-perubahan negatif yang disebut di atas itu kemudiannya disambung lagi oleh pengganti beliau silih berganti sehingga akhirnya jadilah Turki sebuah negara sekular dan rakyatnya juga turut menghayati sistem atau fahaman tersebut sama seperti masyarakat barat sehingga mereka jauh dari ajaran Islam yang sebenar.

Jadi dengan sikap dan tingkah laku serta tindakan beliau sedemikian rupa adakah boleh dianggap sebagai penyelamat umat Islam Turki? Atau sebagai bapa Turki moden? Bagi penulis dengan melihat kepada perubahan-perubahan yang dilakukan itu bolehlah dikatakan beliau adalah anak didik barat, seorang pemimpin perosak dan penjenayah besar kepada agama Islam serta seorang yang kuat menentang syariat yang dibawa oleh Rasullah S.A.W secara terang-terangan.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!
Inilah hikayat Mustafa Kamal Atartuk yang membelakangi Islam dan Allah!! Pemimpin di malaysia sepatutnya mengambil iktibar!

Jumaat, 24 Oktober 2008

Jemputan jamuan aidilfitri dan ceramah.-Malaysiakini

ASSALAMUALAIKUM

KEPADA SEMUA SAHABAT-SAHABAT YANG BERKUNJUNG DIUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

BERSEMPENA DENGAN BULAN SYAWAL YANG MASIH ADA BEBERAPA HARI SAHAJA LAGI ,MAJLIS TINDAKAN DUN SERKAN (MTD SERKAM) AKAN MENGADAKAN MAJLIS JAMUAN HARI RAYA DAN CERAMAH PERASMIAN BALAI ISLAM PAS CAWANGAN SEMPANG
PADA 28 OKTOBER 2008
MASA JAM 7.00 MALAM HINGGA 12.00 MALAM
BERTEMPAT DI BALAI ISLAM PAS CAWANGAN SEMPANG, LORONG JAAMAT 1, KAMPUNG SEMPANG, 77300 MERLIMAU MELAKA

DIALU-ALUKAN KEPADA SAHABAT YANG INGIN HADIR SUPAYA DAPAT HADIR AWAL UNTUK SOLAT MAGHRIB SECARA BERJAMAAH BERSAMA.

CERAMAH PERASMIAN BALAI ISLAM PAS CAWANGAN SEMPANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH YB SALEHUDDIN AYUB , AHLI PARLIMEN KUBANG KERIAN.

JOM KITA SAMA-SAMA RAMAIKAN

SALAM AIDILFITRI DARI KAMI

Saya doakan Azhan jadi 'qudwah' artis di Malaysia

Saya doakan Azhan jadi 'qudwah' artis di Malaysia -
Catatan Ustaz Idris Ahmad
Fri | Oct 24, 08 | 11:14:32 am MYT

1. Pada 23/10/2008 Khamis malam Jumaat saya dijemput pada satu majlis sambutan hari raya PAS Kawasan Segamat di Kampung Pulai dekat rumah Saudara Firdaus Masud, Ketua Pemuda Kawasan Segamat. Seorang peguam muda lulusan UIA.

Iklan

2. Saya berkesempatan bertemu juara Akademi Nasyid 2008 Saudara Azhan Atan pada majlis tersebut. Saya sayu mendengar lagu yang dialunkan pada malam itu, oleh anak muda yang dianugerahkan Allah suara yang baik walaupun cacat sedikit penglihatannya. Saya bukan orang seni, tetapi saya menghormati orang seni kerana Allah anugerahkan kepadanya kelebihan yang tidak ada pada saya. Beliau juga mampu bertazkirah dengan baik dan menyebut beberapa ayat al-Quran dengan baik sebagai selingan. Alhamdulillah ini hasil daripada tarbiyah PAS kepada ahlinya.

3. Saya juga terasa hiba, walaupun beliau sudah bergelar artis selebriti yang terkenal di seluruh negara, beliau tidak lupa kepada Unit Amal dalam ucapan selingan beliau ketika beliau mendendangkan lagu.�CD koleksi lagu-lagu beliau dijual dikhaskan untuk Tabung Unit Amal Johor. Alhamdulillah beliau masih tidak lupa daratan kerana beliau adalah salah seorang penggerak Unit Amal di Johor.

4. Beliau juga menceritakan kepada saya mahukan ulama untuk membimbing beliau supaya tidak tergelincir. Kita lihat media perdana tidak banyak memberi liputan berkenaan dengan Azhan kerana beliau masih berpegang kepada prinsip amar makruf nahyu anil munkar.

5. Semoga Azhan diberikan oleh Allah istiqamah dan meneruskan berdakwah melalui medium seni. Beliau boleh menunjukkan suri teladan yang baik kepada artis-artis yang lain di negara ini, bahawa kita ada acuan yang tersendiri. Imej�artis mesti dipulihkan supaya anugerah yang Allah berikan kepada mereka kena diletakkan di tempat yang betul dan tepat, bukan �menurut hawa nafsu.

6. Beliau boleh membuktikan bahawa Islam bukan menentang hiburan dan keseniaan tetapi ia mesti mengikut acuan yang diizinkan oleh Allah SWT. >P>Antara syarat-syarat yang mengharuskan menyanyi atau berhibur;

a) Seni kata yang bernilai murni.

b) Pakaian penyayi yang tidak mendedahkan aurat.

c) Tidak bercampur lelaki dan perempuan yang boleh merangsangkan syahwat.

d) Persembahan yang tidak menimbulkan fitnah.

e) Gaya persembahan yang tidak keterlaluan.

f) Tidak disertakan dengan perbuatan yang bercanggah dengan syarak. �

7. Semoga Azhan berjaya dengan kerjayanya dalam membuat penerokaan baru bagi membantu kemenangan perjuangan Islam di negara ini. Insya-Allah. - lanh _

Isnin, 20 Oktober 2008

PAK ALI MAKIN TERSEPIT -Malaysiakini


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin layak bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno setelah mendapat 45 pencalonan.

Walaupun Muhyiddin beroleh pencalonan yang begitu banyak dan kini layak bertanding sebagai Timbalan Presiden Umno , perebutan bagi jawatan tersebut sangat menarik.

Sangat menarik dan patut menjadi tumpuan kerana dua lagi calon jawatan Timbalan Presiden itu ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib .

Semua orang tahu yang Ali Rustam tu orang Najib, sementara Mat Taib pula adalah orang Dollah Badawi.Masing-masing mereka mendapat pencalonan 12 dan 8 – sangat jauh ketinggalan berbanding dengan pencalonan yang diperolehi Muhyuddin bagai panggang dengan api!

Mampukah Ali Rustam dan Mat Taib meraih baki pencalonan yang memerlukan sekurang-kurangnya 39 pencalunan sehingga menjelang tamat pemilihan peringkat bahagian parti 9November ini.

Masa semakin suntuk dan mereka berdua tentunya gabra menantikan belas ehsan perwakilan.Muhyiddin jauh dihadapan seperti arnab yang lincah , sedangkan Ali Rustam dan Mat Taib bagaikan kura-kura dan labi-labi yang semput.

Cuma diharapkan supaya Muhyiddin jangan terlalu yakin dengan keadaannya sekarang sebab kura-kura dan labi-labi ini walaupun kelihatan semput, mereka bukan sembarangan spesis. Mereka mampu membuat kejutan upset sebagaimana seorang bintang 'Pelakon Phorno' MCA yang memenangi Timbalan Pengerusi MCA malam tadi.

Ali Rustam merupakan orang Najib.Mulutnya tidak lepas dari menyebut Najib , Najib , Najib sebagai zikir hariannya.”Saya bersama Datuk seri Najib malam tadi....”, “Saya berjumpa dengan Datuk Seri Najib..” adalah ungkapan yang sering keluar daripada mulutnya. Dengan lain bahasanya, Ali Rustam mengusung Najib ke hulu ke hilir untuk kepentingan politik peribadinya.

Sementara Mat Taib pula dilihat sebagai orang kuat Dollah Badawi.Karier politiknya mulai pulih semula sewaktu Dollah menjadi PM dan melantiknya menjadi menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Beliau menjadi sangat terkenal di suatu masa dulu kerana tabiatnya suka mengusung duit berjuta-juta dan sesat di Australia kerana tak tahu berbahasa Inggeris , dan kemudian mengusung lari pula puteri Almarhum Sultan Selangor ke Thailand. Mungkin kenyataan Mahathir yang mahu perwakilan Umno "mengusir orang-orang Abdullah" dalam pemilihan parti Mac depan sangat berkesan hingga Mat Taib setakad ini hanya mampu memperoleh lapan undi sahaja.

Mahathir dalam blognya berkata," Jika Kerajaan Najib berkehendakkan kelainan daripada Abdullah maka penyokong Abdullah tidak boleh turut serta."

Hal ini menyebabkan Dollah sangat 'bengang' dan marahkan Mahathir Abdullah dilaporkan kecewanya terhadap Muhyiddin kerana tidak mengendahkan keputusan peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dan Najib pada Mac tahun depan.

Dollah menuduh Muhyiddin sebagai “Tak sabar agaknya nak jadi Timbalan Presiden. Itupun kalau ada cukup orang nanti nak menyokong dia," secara sinis dan nampak benar marahnya terhadap Muhyiddin.

Tetapi Muhyiddin dengan bersahaja berkata : "Saya hanya menyatakan fakta, jika ia (tempoh berkempen) adalah panjang, maka ia adalah panjang. Saya tidak menyarankan lebih daripada apa yang saya katakan," katanya selepas menghadiri sambutan hari raya Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Sabah "

ulasan :
orang dah kata jangan lawan dia degil jugak .. sok kempunan baru padan ngan muka. Pak Ali tu dah patut rehat dah .. banyak utang dibuat kat melaka takkan nak tambah balak lagi kot ?? amacam geng ??

Rabu, 15 Oktober 2008

Datuk Shah Rukh bantu Tok Ali - Malaysiakini


Calon timbalan presiden umno yang juga ketua menteri melaka masih lagi terkia – kial menunggu pencalonan untuk melayakan diri bertanding jawatan nombor dua umno itu.Aku pun tak minat dengan lakonan puak puak umno ni. Namun begitu sebagai seteru politik dimelaka ni elok juga aku sembur sikit .

Oklah, sama ada beliau layak untuk bertanding atau terus menggigit jari bukanlah persoalannya. Menang atau kalah dia tetap ketua menteri juga.



Begitu pun dalam siri kempen yang semakin hangat ini ada beberapa perkara yang agak sedikit menarik , lucu pun ye juga.Minggu lalu mantan PM yang telah keluar umno telah menyifatkan dua calon timbalan presiden umno (ali rustam dan mat taib) ini sebagai pak lawak . Memang pun muka lawak dan kalau masuk pertandingan raja lawak gerenti dapat undi sms tertinggi. Opp.. tapi ini bukan mencari raja lawak. Ini jawatan yang melayakan penjawatnya jadi timbalan perdana menteri. Kalau tok ali tak cukup pencalunan untuk bertanding, macam mana agaknye ? Tunggu….

Bagi meraih simpati dan sokongan (mungkin juga buat lawak) tak semena – mena tok ali yang mengepalai negeri melaka menganugerahkan gelaran dato’ pada si pelakon bollywood tu, aku tahu lah mamat tu satu spesis dengan tok ali. Kalau ye pun nak bagi tunggulah lepas deepavali. Barangkali juga tok ali nak mengharapkan berkat dato SRK.Kepada perwakilan umno yang meminati dato SRK, jangan lupa memberi undi anda kepada tok ali.

You all ingat lagi tak, selepas tok ali menang jawatan naib presiden dulu, maka pada hari ‘beranak’ bekas SU agong umno, kerajaan tok ali telah memberikan begitu banyak anugerah dan pingat. Jadi janganlah pelik sangat..

Setakat ni apakah tok ali mempunyai peluang? Dua isu diatas seakan menggali kubor beliau. Namun aku yakin tok ali ada satu lagi senjata. Apa dia? Semua orang dah tahu. Itulah umno. Selamat bertanding tok ali.

Sabtu, 11 Oktober 2008

Datuk Shah Rukh Khan ??

Rasanyalah Kerajaan Melaka pimpinan Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd rustam nie dah tak ada orang lain kot nak dianugerahkan pangkat. Dan tak lama lagi pulak ada lah seorang hero hindustan, seorang mamak dan dua orang artis lagi bakal dianugerahkan dengan gelaran Datuk.

Tapi apa sumbangan yang telah diberikan oleh hero hindustan nie pada kerajaan melaka pimpinan Datuk Ali nie ?? rasanya mamat sekor nie tak ada sumbang apa -apa pun pada pembangunan negeri.Tapi kalau berikan pada tiga orang tokoh yang merupakan rakyat malaysia dan rakyat melaka jati tu tak kisah lah .

Nampak sangat nak dapat publisiti murahan betul lah Datuk sorang nie. Kot yer pun Melaka dah diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Dunia sekalipun jangan ler gadaikan banyak reta orang melaka semata-mata mamat khan nie.

Kalau nak dikirakan pun, mamat khan nie pun bukanlah diantara orang penting yang duk dalam kerajaan negeri melaka. Nak kata mamat nie AJK UMNO bahagian pun bukan .. Ahli MT dalam UMNO pun bukan so apa sumbangan Mamat khan nie pada bangsa Melayu ?? sekadar berlakon jer tak bawa manfaat apa -apa pun.

Nak kata menghargai sumbangan , apa sumbangan yang diberi khususnya pada rakyat Malaysia dan rakyat melaka dikampung-kampung ?? Buang duit dan buang masa saja .. baiklah sedekahkan pada fakir miskin yang lebih memerlukan berbanding dengan beri pada orang yang dah sedia ada kaya untuk mengayakan lagi.
sumber : Assirkami

Selasa, 7 Oktober 2008

Apa akan jadi bila Pak Ali Jadi TPM ??

Dari Blog KPPNM
Saya tertarik dengan pengumuman Datuk Seri Ali Rustam bersedia bertanding kerusi timbalan presiden Umno selepas Datuk Seri Zahid Hamidi menyatakan kesediaan kerebut kerusi panas tersebut dan selepas ini saya ramalkan beberapa orang lagi akan menyatakan kesediaannya bagi calon tim. pres. Umno atas hujah kononnya desakan akar umbi dan ubi kayu. Perlu ingat, kerusi tim. pres. Umno merupakan tiket sebagai tim. perdana menteri. Saya berharap ahli Umno berfikir panjang. Ini bukan persoalan rumah tangga Umno sahaja kerana ia akan melibatkan peneraju nagara. Justeru, kita jangan perjudikan nasib negara disebabkan sentimen mengampu pemimipin tertentu.
Saya lihat Ali Rustam dah mula pasang kaki kipas dikalangan pemimpin Umno negeri Melaka untuk memuji dan memuja beliau, maklumlah masing - masing cari makan dengan cara ampu sana, ampu sini. Saya mengajak kalian semua lihat dulu trekrekod kepimpinan Ali. Rakyat Melaka sekarang tak sedar bahawa zaman Ali Rustam jadi KM, beliau berjaya menambah kadar hutang negeri dan meningkat setiap tahun. Trend suka menambah hutang ini adalah tidak sesuai dalam sistem pentadbiran kerajaan yang akhirnya akan membawa bebanan kepada rakyat untuk jangka masa panjang. Juga merupakan satu tindakan yang kurang bijak dalam aspek pengurusan dana kerajaan. Satu lagi di zaman beliau juga kerajaan Melaka telah hilang beberapa institut pendidikan agama JAIM kerana terpaksa diserahkan kepada kerajaan pusat disebabkan ketidak mampuan kerajaan negeri dalam pengurusan kewangannya. Saya rasa cukup dua perkara ini saya dedahkan dahulu sebagai tatapan ahli Umno khasnya, sebelum mengambil sikap menyokong 100% Datuk Seri Ali Rustam bertanding kerusi Timbalan Presiden Umno.

Saranan bernas ali rustam….

Mohd ali rostam dalam posting terakhirnya mencadangkan agar Teresa Kok dipecat dari pakatan rakyat.kerana kenyataan beliau yang dikira menghina kerajaan. Pada sidang media selepas dibebaskan , exco kerajaan selangor itu telah menceritakan pengalaman diberikan makanan yang selayaknya diberikan pada anjing .

Aku rasa MAR ini mat sensitive dan mengambil peduli apa yang dilakukan pembangkang . Mungkin juga beliau sekarang sudah merasakan diri dan partinya akan jadi pembangkang. Cuba kita lihat cara calon timbalan prisiden umno ini memberi komen.Merapu dan melawak. Kata budak-budak muda…..asal boleh aje.

Beginilah, dalam kes Dato Ahmad Ismail , ketua umno bukit bendera yang cuba melancarkan perang dengan kaum cina, maka majlis tertinggi BN tidak dapat mengambil tindakan kerana beliau adalah ahli umno dan hanya umno boleh mengambil tindakan keatasnya. Hukuman telah pun diambil dan semua dah tau.

Teresa kok yang ditahan isa, bukanya mengajak orang melayu dan cina bergaduh. Kenapa pula PR nak pecat beliau. Mana logiknya saranan MAR ini? Dan mengikut teorinya ‘ kalaupun’ beliau patut dikenakan tindakan maka parti beliaulah (DAP) yang boleh bertindak, bukannya PR. Amacan MAR? memang bebal.

Khamis, 2 Oktober 2008

Antara dua KeAdilan : Keadilan Rakyat atau Keadilan Islam

Termenung aku seketika ketika memikirkan permasalahan di bumi ALLAH ini, dan memikirkan betapa peliknya keadaan zaman ini. Antara dua keadilan, sepatutnya tiada kompromi; keduanya harus ditegakkan. Tetapi mengapa hanya satu sahaja yang diperjuangkan, sedangkan yang kedua lebih hampir dan mudah untuk diperbetulkan?

Apa yang dimaksudkan penulis ialah antara ketidakadilan yang berlaku di Malaysia, dan yang berlaku di Palestin. Pelik, pada pandangan penulis, bagaimana rakan-rakan penulis yang bersemangat untuk memperjuangkan Islam, seolah-olah tidak kisah akan ketidakadilan yang berlaku di tanah air sendiri, tetapi sibuk melaungkan perjuangan Muslim di Palestin.

Al Quran
Al Quran, Kitab suci petunjuk sepanjang zaman

Bukanlah hendak dikatakan bahawa Palestin itu tidak penting; jauh sekali, tetapi apakah dengan memperjuangkan hak rakyat Palestin kita harus melupakan hak penduduk bukan Islam yang duduk di negara yang mempunyai majoriti Muslim?

Contohnya, dalam peristiwa Grand Saga, dimana seorang mekanik telah dipukul oleh polis dengan sebegitu teruk tanpa sebab munasabah, dimanakah orang Islam? Dalam kes Teresa Kok, mengapa begitu lambat respons Muslim, (dengan pengecualian PAS dan beberapa kumpulan lain)? Ada pula kumpulan yang sanggup lagi mempertikaikan kezaliman yang berlaku walaupun telah dibuktikan bahawa beliau tidak bersalah? Dan selepas itu, apa yang Muslim secara kolektif lakukan? Dalam kes masyarakat pribumi di Semenanjung dan di Sabah dan Sarawak, apakah kita tidak merasakan bahawa itu satu perkara yang kita patut tangani atas dasar Islam kita, dan bukan atas dasar kaum? Jika begitu, mengapa tidak ramai Muslim Melayu yang membicarakannya? Apakah kita benar-benar memahami dan mengambil berat tentang mereka, yang telah kehilangan tempat tinggal dan hak mereka?

Kita begitu lantang menentang penjajahan Israel di Palestin, begitu bersemangat berkumpul menentang dan memboikot produk-produk yang menyokong Israel, tetapi apabila kezaliman dilakukan oleh Muslim di negara sendiri, dimanakah kita?

Maka persoalannya, adakah kita membantu atas dasar yang seseorang itu Muslim, Melayu, atau atas dasar Islamnya kita.

Apakah Rasulullah hanya membantu orang Islam dan tidak mengendahkan orang bukan Islam?Jika tidak, maka mengapa kita memandang enteng perkara-perkara kezaliman yang tidak melibatkan orang Islam, dan mempunyai fikiran bahawa 'ia bukan hal aku. ahli politik mereka boleh selesaikan'. Adakah itu yang Islam mahukan?Mungkin ada silapnya dalam penulisan ini; penulis membuat generalisasi yang terlalu banyak. Tetapi penulisan ini lebih berupa muhasabah diri. Tepuk dada tanya Iman.

Kad Raya AidilFitri Dari ulautedong


Selamat Hari raya AidilFitri buat semua

Raya Datang Lagi !!!

Terlebih dahulu aku mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya , maaf zahir dan batin kepada semua muslimin dan muslimat dimana juaga berada.Bagi muslim yang sejati, hari raya memberi maksud hari kemenangan setelah berjaya mentabiyah nafsu selama sebulan. Kemenangan ini seharusnya diisi dengan penuh kesyukuran dan dikembalikan kepada kuasa yang memberi kemenangan itu.

Begitu jugalah sambutan kemenangan ini, tidak seharusnya dicampur dengan perbuatan yang boleh mengundang kemurkaan Allah yang maha besar.

Kita memang sedia maklum dan menjadi tradisinya apabila semua saluran TV menyajikan rancangan hiburan yang cukup melampau bermula malam raya sampailah seminggu (mungkin lebih). Betul ke cara sambut raya dengan menyanyi dan berjoget macam tu? Ada komedi raya lagi…….lawak betul. Mufti atau pejabat agama tak nampak ke ? Biro agama umno ???……. Langsung tak boleh harap. Bagi aku nilah punca yang menjadikan budaya kunjung mengunjung semakin kurang. Apa tidaknya semua dah ‘belengkau’ depan tv je.

Seperkara lagi yang aku tak faham ialah budaya memasang pelita pada malam –malam akhir ramadhan hingga ke syawal. Aku boleh setuju rasionalnya datok nenek kita dulu menceriakan susana malam dengan memasang pelita kerana zaman itu belum ada letrik . Namun pada masa letrik percuma (bawah RM20 ) ianya rasa tidak diperlukan lagi. Aku lebih melihat budaya ini mirip perayaan hindu. Macam mana kalu satu hari nanti hari raya jatuh satu tarikh dengan depavali? Wah doo…double pelita beb. Eloklah kita jauhkan .Tak ada apa untungnya. Ustaz pimpinan Pas pun pasang pelita. Apa hallllll.?

Ni satu kes lagi. Main mercun dan bunga api pulak. Dekat kampong aku ini ada juga main meriam buloh. Kerajaan macam dah tak boleh kawal. Bagi pandangan aku apabila ada permainan mercun dan bunga api tentu lah ada penjualnya. So kerajaan janganlah buat lawak disiang hari. Lagi pun ini merupakan budaya kuno orang cina .Kerajaan cina Singapura pun tak benarkan ‘permainan’ (lebih tepat pembakaran) mercun dan bunga api di republik itu. Wah….. hebat Malaysia.

Yang akhirnya ialah amalan menziarahi pusara dipagi syawal. Bukan aku nak bangkang .Aku pun ziarah juga . Moleklah tu, setidaknya dapat juga menginsafi diri dan menghadiahkan apa yang patut pada mereka yang telah pergi . Tapi bukankah lebih elok jika sekiranya amalan ini dikerapkan. Kebiasaanya di Melaka ini, apabila menziarahi pusara dipagi raya ahli keluarga akan memasang/ menukar kain putih pada batu nisan. Aku pun tak faham kenapa dan untuk apa? (aku tak buat ) . Seingat aku mufti Johor (yang dulu) pernah menfatwakan haram mengikat kain putih pada batu nisan.So bagaimana sekarang , siapa yang perlu bertindak?

Oklah, cukup dulu sekadar ini sebagai sebahagian dari ‘sembur-sembur’ untuk memberi sedikit peringatan dan teguran.Semoga kita dapat mengubah keadaan kepada yang lebih baik. Selamat Hari Raya.

Assalamualaikum... salam perjuangan

Asslalamualaikum wt.wbt.

Segala puji dan syukur hanya kepada Allah Rabb sekelian alam. Selawat dan salam kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, ahli keluaga, sahabat juga sekelian pengikut baginda.

Alhamdulillah, dengan izinNya jua hari ini aku berjaya menempatkan diri di sudut ini.Memang pun spesis aku ni boleh hidup di pelbagai alam. Tapi aku bukanlah dari spisis hitam yang hadir dalam mimpi mimpi misteri itu. Tolong sikit…. Itu bukan kawan aku.

Kalau kau orang pandang aku memang rasa takut. Yelah aku boleh sembur, belit dan patuk . Namun aku bukan macam tu. Aku akan bertindak jika ada yang mengganggu aku, mungkin aku akan lebih agresif jika kepercayaan dan prinsip aku cuba disarkas atau disilapmatakan. Ada masa juga aku terpaksa berehat dan pulang kesarang (salin kulit)

Apapun inilah peluang dan kemampuan yang ada untuk aku merancakkan dunia politik yang semakin hari semakin dikotorkan oleh pemimpin yang diragui kebersihannya.Jangan takut dengan ku, takutlah tuhan yang menjadikan aku dan sekelian kamu.

Salam Perjuangan Dariku,

Mengganas pada yang ganas.